Posts

Showing posts from October, 2022

Ceramah Ibrah Musafir di Bumi Anbia Oleh Pencetus Ummah Ustaz Yeop

Image
  1. Nama aktiviti: Ceramah Ibrah Musafir di Bumi Anbia Oleh Pencetus Ummah Ustaz Yeop 2. Tarikh:  28 Okt 2022 (Jumaat) 3. Masa : 8.30 pagi - 10:00 pagi  4. Penganjur: JK CSR MJII dengan kerjasama Aman Palestin Cawangan Bangi serta Surau Riyadus Solihin, Rakan Musolla dan Majlis Perwakilan Pelajar 5. Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Wakil Duta Aman Palestin PU Yeop berbesar hati untuk berkongsi pengalaman beliau berada di bumi Anbia. Daripada pengalaman beliau menceritakan penderitaan yang dialami oleh saudara Islam di bumi Anbia dan memberi pengajaran yang bermakna kepada warga kerja dan pelajar MJII tentang nikmat bersyukur sebagai warganegara Malaysia amnya dan warga MJII khususnya. Selain itu booth jualan Aman Palestin turut juga diadakan bagi memberi peluang kepada semua warga kerja dan pelajar untuk membeli sambil menderma. Tabung Aman Palestin diserahkan kepada Pengarah iaitu Puan Hajah Zarinah Bt Idrus yang mewakili MJII sebagai tanda keperi

Class Coaching: Engaging PowerPoint Presentation using Classpoint

Image
  1. Nama aktiviti: Class Coaching: Engaging PowerPoint Presentation using Classpoint 2. Tarikh:  28 Okt 2022 (Jumaat) 3. Masa : 8.30 pagi - 10:15 pagi  4. Penganjur: Norhaslinda binti Jamil dan Nur Amalina binti Zainal 5. Tempat: SmartClassroom MJII 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Class Coaching ini telah dikendalikan oleh Pn Norhaslinda binti Jamil (Ketua Jabatan Pengajian Am) dan Pn Nur Amalina binti Zainal (Pensyarah Matematik) kepada 15 orang pensyarah MJII dengan objektif untuk mendedahkan kepada pensyarah tentang penggunaan aplikasi Classpoint dalam menerapkan eleman Gamification dalam pembelajaran dan pengajaran. Pensyarah diberi pendedahan tentang tools dan interactive icon yang terkandung dalam ribbon Inknoe Classpoint. Pensyarah yang hadir juga diberi peluang untuk membina soalan sendiri dan cara tetapan mengikut kesesuaian jenis soalan yang dibina.  Secara kesimpulan, objektif kelas ini tercapai memandangkan setiap pensyarah telah berjaya menghasilkan 1 Powerpoint yang in

Latihan Pengunsian Bangunan (Fire Drill) Asrama

Image
  1. Nama aktiviti: Latihan Pengunsian Bangunan (Fire Drill) Asrama 2. Tarikh:  26 Okt 2022 3. Masa : 12.00 tengah malam 4. Penganjur: Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), MJII 5. Tempat: Assembly Point (Depan Perpustakaan Shizuoka, Depan Dewan Hyogo) 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Latihan Pengunsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), MJII dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenyih serta felo-felo asrama. Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar MJII dan UNIKL-JUP tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran. Latihan tersebut bermula pada Jam 12.28 tengah malam di mana loceng kebakaran telah dibunyikan secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua pelajar dan seterusnya berkumpul di Assembly Point hadapan Perpustakaan Shizuoka (Pelajar Perempuan dan pelajar UNIKL-JUP)

i-EIE 2022 CLOSING AND RESULT ANNOUCEMENT CEREMONY

Image
  1. Nama aktiviti: i-EIE 2022 CLOSING AND RESULT ANNOUCEMENT CEREMONY 2. Tarikh:  25 Okt 2022 3. Masa : 2.45 ptg 4. Penganjur: Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute, Kedah, Malaysia. 5. Tempat: Online 6. Synopsis/keterangan ringkas:   i-EIE 2022 is a competition that highlights research and innovation products and promotes the culture of research and innovation among participants from local and international institutions of higher education including primary and secondary school students. i-EIE 2022 is a link between institutions of higher education and industries to share their products and creative ideas that can be commercialized. Keputusan keseluruhan, MARA-Japan Industrial Institute berjaya merangkul : 2 Gold Medals Award 5 Silver Award 3 Bronze Award Eureka Best Award Chapter A Child Presence detection system with alarm and SMS notification using Arduiono Mega 2560 Berikut adalah nama projek dan peserta: Gold Medal Award  1. Child Presence detection system with ala

English Club's Book Donation Drive

Image
1. Nama program: English Club's Book Donation Drive 2. Tarikh: 9 September – 17 Oktober 2022 3. Tempat: MJII Beranang 4. Penganjur: MJII English Club 5. Sinopsis/Keterangan ringkas :   Program “Book Donation Drive” ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Inggeris MJII untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat akses kepada bahan bacaan yang baik.  Semua warga MJII telah dijemput untuk mendermakan bahan bacaan kanak-kanak yang baru atau terpakai yang masih dalam keadaan baik bermula 9 September sehingga 17 Oktober 2022 untuk disumbangkan kepada kanak-kanak yang memerlukan.  Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson yang majoriti pelajarnya terdiri daripada kalangan pelajar orang asli Temuan telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut.  Majlis penyerahan buku-buku tersebut telah diadakan pada 19 Oktober 2022 di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson, Hulu Langat. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zarinah Binti Idrus, Pengarah MARA-Japan Industrial In

MJII Green Day 2022

Image
  1.Nama Program: MJII Green Day 2022 2. Tarikh : 3 Oktober 2022 3. Masa :  2.00 - 5.00 pm 4. Tempat:  Wa Senta (Taklimat) dan Sekitar MJII (Pengumpulan barang-barang) 5. Anjuran : JK Green 6. Objektif Program: Program ini adalah aktiviti untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian. Setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian bumi bagi mengelakkan kesan-kesan jangka panjang yang diramalkan akan berlaku akibat aktiviti manusia seperti pencemaran sumber air, kematian haiwan, terputusnya rangkaian ekosistem, pemanasan global dan peningkatan paras air laut secara global. Para pelajar kemudian dibahagi-bahagikan untuk membersihkan dan mengumpulkan barang-barang yang boleh dikitar semula dari kawasan sekitar MJII termasuk bangunan akademik, bengkel, makmal, cafe, asrama dan surau. Barang-barang tersebut telah dijual kepada peraih agar dapat dikitar semula. by Alifuddin

CSR - Program Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kuala Pomson, Hulu Langat

Image
  1.Nama Program:  Program Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kuala Pomson, Hulu Langat 2. Tarikh : 19 Oktober 2022 3. Masa :  8:30 am – 1:00 pm 4. Tempat:  SK Kuala Pomson, Bt 22½, Hulu Langat. 5. Anjuran : Pengajian Am & Jabatan Kejureteraan Elektronik Pengukuran & Kawalan (DKC) 6. Objektif Program:  a. Memupuk kesedaran dalam  kelestarian pendidikan berasaskan STEM dikalangan murid-murid SK Kuala Pomson yang majoritinya terdiri daripada golongan orang asli. b. Memberi sumbangan alatulis, Modul Latihan Kendiri Matematik dan Kit Pembelajaran Litar Elektronik Sesiri-Selari bg menyokong aktiviti pengajaran dalam kelas. c. Mewujudkan tahap kesedaran yg tinggi, nilai murni dan sikap prihatin yg perlu diamalkan oleh setiap warga MJII terhadap sekolah, masyarakat tempatan terutamanya penduduk orang asli di kawasan luar bandar. 7. Sinopsis/keterangan:  SK Kuala Pomson terdiri dr hampir 60-65% murid dr kalangan orang asli Temuan.  Seramai 19 pensyarah MJII dr Jabatan Pengajian Am