CSR - Program Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kuala Pomson, Hulu Langat
1.Nama Program:
Program Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kuala Pomson, Hulu Langat
2. Tarikh : 19 Oktober 2022
3. Masa : 8:30 am – 1:00 pm
4. Tempat: SK Kuala Pomson, Bt 22½, Hulu Langat.
5. Anjuran : Pengajian Am & Jabatan Kejureteraan Elektronik Pengukuran & Kawalan (DKC)
6. Objektif Program:
a. Memupuk kesedaran dalam kelestarian pendidikan berasaskan STEM dikalangan murid-murid SK Kuala Pomson yang majoritinya terdiri daripada golongan orang asli.
b. Memberi sumbangan alatulis, Modul Latihan Kendiri Matematik dan Kit Pembelajaran Litar Elektronik Sesiri-Selari bg menyokong aktiviti pengajaran dalam kelas.
c. Mewujudkan tahap kesedaran yg tinggi, nilai murni dan sikap prihatin yg perlu diamalkan oleh setiap warga MJII terhadap sekolah, masyarakat tempatan terutamanya penduduk orang asli di kawasan luar bandar.
7. Sinopsis/keterangan:
SK Kuala Pomson terdiri dr hampir 60-65% murid dr kalangan orang asli Temuan. Seramai 19 pensyarah MJII dr Jabatan Pengajian Am dan Jabatan DKC terlibat dlm program sumbangan khidmat bakti dengan mengelolakan bbrp aktiviti menarik berkaitan PdP STEM sepanjang program, antaranya :
a. Modul latihan kendiri Matematik kpd semua murid tahun 1 dan tahun 2.
b. Aktiviti Treasure Hunt sekitar kawasan sekolah dan sungai untuk tahun 3 dan tahun 4.
c. Amali litar Sesiri Selari melalui matapelajaran Sains untuk murid tahun 5
d. Melalui subjek RBT, murid tahun 6 didedahkan dengan Pengaturcaraan dadu Elektronik menggunakan Edubit kit
Pihak sekolah berbesar hati menjemput Pengarah MJII, Pn Hjh Zarinah binti Idrus untuk Perasmian Penutup Program tersebut, diikuti dengan majlis penyerahan sumbangan2 dr pihak MJII, pemberian hamper kpd murid untuk penglibatan dlm aktiviti treasure hunt dan diakhiri dengan majlis menandatangani sijil jalinan kerjasama MJII-SK Kuala Pomson
Diharapkan program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak MJII dengan masyarakat luar secara amnya dan pihak SK Kuala Pomson secara khususnya selain dapat memberi kesedaran STEM kpd anak2 SK Kuala Pomson. Semoga semua aktiviti yg dijalankan dapat memberi impak positif dalam diri murid-murid tersebut.
bu Sajidah Sensei
Comments
Post a Comment