English Club's Book Donation Drive











1. Nama program: English Club's Book Donation Drive

2. Tarikh: 9 September – 17 Oktober 2022

3. Tempat: MJII Beranang

4. Penganjur: MJII English Club

5. Sinopsis/Keterangan ringkas :  

Program “Book Donation Drive” ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Inggeris MJII untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat akses kepada bahan bacaan yang baik. 

Semua warga MJII telah dijemput untuk mendermakan bahan bacaan kanak-kanak yang baru atau terpakai yang masih dalam keadaan baik bermula 9 September sehingga 17 Oktober 2022 untuk disumbangkan kepada kanak-kanak yang memerlukan. 

Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson yang majoriti pelajarnya terdiri daripada kalangan pelajar orang asli Temuan telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut. 

Majlis penyerahan buku-buku tersebut telah diadakan pada 19 Oktober 2022 di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson, Hulu Langat. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zarinah Binti Idrus, Pengarah MARA-Japan Industrial Institute kepada Guru Besar SK Kuala Pomson. 

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan membentuk budaya rajin membaca di kalangan para pelajar. 

by nurdalilah sensei

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang