Latihan Pengunsian Bangunan (Fire Drill) Asrama

 










1. Nama aktiviti: Latihan Pengunsian Bangunan (Fire Drill) Asrama

2. Tarikh:  26 Okt 2022

3. Masa : 12.00 tengah malam

4. Penganjur: Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), MJII

5. Tempat: Assembly Point (Depan Perpustakaan Shizuoka, Depan Dewan Hyogo)

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Latihan Pengunsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), MJII dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenyih serta felo-felo asrama.

Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar MJII dan UNIKL-JUP tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.

Latihan tersebut bermula pada Jam 12.28 tengah malam di mana loceng kebakaran telah dibunyikan secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua pelajar dan seterusnya berkumpul di Assembly Point hadapan Perpustakaan Shizuoka (Pelajar Perempuan dan pelajar UNIKL-JUP) dan hadapan Dewan Hyogo (Pelajar Lelaki).

Selesai latihan pengunsian bangunan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat memberi penerangan dan ulasan mengenai latihan pengunsian tersebut kepada JKKP, Felo dan Ketua Aras Asrama.

by Puan Hidayah Library

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang