MJII Green Day 2022
1.Nama Program: MJII Green Day 2022
2. Tarikh : 3 Oktober 2022
3. Masa : 2.00 - 5.00 pm
4. Tempat: Wa Senta (Taklimat) dan Sekitar MJII (Pengumpulan barang-barang)
5. Anjuran : JK Green
6. Objektif Program:
Program ini adalah aktiviti untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian. Setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian bumi bagi mengelakkan kesan-kesan jangka panjang yang diramalkan akan berlaku akibat aktiviti manusia seperti pencemaran sumber air, kematian haiwan, terputusnya rangkaian ekosistem, pemanasan global dan peningkatan paras air laut secara global.
Para pelajar kemudian dibahagi-bahagikan untuk membersihkan dan mengumpulkan barang-barang yang boleh dikitar semula dari kawasan sekitar MJII termasuk bangunan akademik, bengkel, makmal, cafe, asrama dan surau. Barang-barang tersebut telah dijual kepada peraih agar dapat dikitar semula.
by Alifuddin sensei
Comments
Post a Comment