Posts

Audit persijilan 5S kali ke-11 oleh pihak MPC

Image
  1. Nama majlis: Audit persijilan 5S kali ke-11 oleh pihak MPC. 2. Tarikh:  31 Mei 2022 (Selasa) 3. Kaedah Audit: Kaedah 3 (Justifikasi Pelaporan Audit Dalaman) 4. Penganjur: MJII 5. Synopsis/keterangan: Audit QE/5S Kali ke-11 di MJII berdasarkan kaedah 3 iaitu menghantar dokumentasi sokongan dan pelaporan audit Dalaman kepada pihak MPC. Audit telah dijalankan oleh En. Sabri Bin Hasan.  Secara keseluruhan, pihak MPC berpuas hati dengan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang telah dijalankan oleh MJII. Pelaksanaan 5S di organisasi telah berjaya memenuhi keperluan utama pensijilan bagi aspek fizikal dan dokumentasi, dan dilihat dapat membantu organisasi meningkatkan kecekapan prosesnya. Sokongan jitu pihak pengurusan dan komitmen kakitangan jelas dilihat menyumbang kepada kejayaan bagi Audit yang ke -11 ini. Pihak MPC juga telah memaklumkan bahawa penganugerahan sijil QE/5S berdasarkan kepada impak dalam melaksana Dan membudayakan QE/5S di organisasi. MJII telah berja...

Program Kerjasama Latihan Asas Intrapreneurship ETR 101

Image
  1. Nama aktiviti: Program Kerjasama Latihan Asas Intrapreneurship ETR 101 2. Tarikh:  3 - 4 Ogos 2022 3. Masa : 8.00 pagi – 6.00 Petang  4. Penganjur: Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA & Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 5. Tempat: Tokyo Hall, Kelas CR6 – CR10, MJII Beranang 6. Peserta      : 150 orang pelajar MJII 7. Synopsis/keterangan ringkas:   Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Unit PROTEGE telah menganjurkan Program Kerjasama Latihan Asas Intrapreneurship ETR 101 yang disertai oleh 150 orang pelajar MJII. Program yang berlansung selama 2 hari ini adalah merupakan program latihan asas keusahawanan yang disampaikan oleh tokoh berpengalaman dalam industri untuk membantu meningkatkan minda dan kemahiran usahawan dalam diri pelajar. Majlis Penutup program ETR 101 pada 4 Ogos 2022 telah dihadiri oleh Pn. Nor Haslinda Binti Salihin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosis...

Taklimat Pembekal Latihan (TP) bagi Program Industrial Bootcamp (IBC)

Image
  1. Nama aktiviti: Taklimat Pembekal Latihan (TP) bagi Program Industrial Bootcamp (IBC) 2. Tarikh:  3 Jun & 14 Jun & 7 July 2022 3. Masa : 3.00 Petang – 4:30 Petang  4. Penganjur: MJII  5. Tempat: Nara Meeting Room / Sendai Meeting Room, MJII  6. Synopsis/keterangan ringkas:   Wakil-wakil daripada Pembekal Latihan / Training Provider (TP) telah dijemput bagi menghadiri Taklimat Pembekal Latihan (TP) bagi Program Industrial Bootcamp (IBC). Sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Program IBC yang merupakan satu program jaminan penempatan pekerjaan. Antara syarikat-syarikat yang terlibat dalam taklimat ini adalah Roda Emas Industries Sdn Bhd, Luminous Systems Sdn Bhd, TM Learning Centre, VISI Sdn Bhd, Supreme Didactic Sdn Bhd, dan Nanorian Technologies Sdn Bhd. by najwan sensei

Temuduga Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. 2. Tarikh: 10 Jun 2022

Image
  1. Nama aktiviti: Temuduga Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. 2. Tarikh:  10 Jun 2022 3. Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang  4. Penganjur: MJII  5. Tempat: Hiroshima Room , MJII 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Satu sesi temudaga khas Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. yang telah diadakan di MJII di mana melibatkan seramai 14 orang pelajar terdiri dari jabatan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik dan Automasi) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik & Kawalan) . Objektif utama temuduga ini ialah bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang bakal menjalankan Latihan industri di syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. Bermula pada Ogos 2022. by Najwan sensei

MJII Career Day 1/2022

Image
  1. Nama aktiviti: MJII Career Day 1/2022 2. Tarikh:  11 May 2022 3. Masa : 8:30 Pagi – 3:00 Petang  4. Penganjur: MJII  5. Tempat: Hyogo Hall, MJII  6. Synopsis/keterangan ringkas:   MJII Career Day 1/2022 telah dianjur bersempena dengan Sesi Pembentangan Latihan Industri Sesi Januari-Mei 2022. Program ini disertai oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) bagi memberikan taklimat berkenaan peluang-peluang menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda. Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) juga turut hadir bagi memberikan penerangan berkenaan program latihan dengan jaminan pekerjaan iaitu Kursus Tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra. by najwan sensei

Seminar Pemiliha Tajuk Projek Tahun Akhir - DKE

Image
  1 . Nama Program: Seminar Pemiliha Tajuk Projek Tahun Akhir 2. Tarikh : 5 Ogos 2022 3. Masa : 10.15 pagi - 12.15 tengah hari 4. Penganjur : Jabatan Embedded System 5. Peserta : Penyelia PTA, Pelajar Semester 2, 3 dan 4 (DKE) serta Pelajar Semester 4 (DKS) 6. Penceramah: Dr. Muhamad Husaini bin Abu Bakar, Head of Research and Innovation Section, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute 7. Sinopsis/Keterangan:  Projek Tahun Akhir (PTA) merupakan salah satu kursus wajib dan perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat kelayakan penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektronik di MJII. Pada semester ini, tema PTA adalah untuk menghasilkan projek/produk yang boleh membantu/menaiktaraf pelbagai sektor khusus untuk peniaga-peniaga kecil (SME) dan juga komuniti.  Penceramah yang dijemput juga merupakan ahli akademik yang bergiat aktif didalam penerbitan dan juga penghasilan projek bersama dengan komuniti, industri, badan bukan kerajaan dan juga kerajaan. Pemindahan ilmu ...

Majlis Menandatangani Perjanjian Penerbitan antara CMN Academy Dan Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang

Image
  1. Nama Program: Majlis Menandatangani Perjanjian Penerbitan antara CMN Academy Dan Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang 2. Tarikh         : 5 Ogos 2022 (Jumaat) 3. Masa          : 3.00-5.00ptg 4. Penganjur  : JK Penerbitan Bahan Pembelajaran MJII 5. Tempat       : Bilik Mesyuarat Sendai 6. Peserta      : 8 orang 7. Sinopsis           : Pada 5 Ogos 2022 satu perjanjian antara  CMN Academy Dan Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang telah berjaya dimateri.  Kerjasama ini memberi ruang kepada staf MJII untuk menerbitkan karya/modul secara atas talian menggunakan platfom Digylearn. Hasil daripada perjanjian ini, pihak CMN Academy akan turut membantu memberi khidmat nasihat perundingan dan bimbingan kepada penulis karya/modul dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penulisan. by Juliana sensei