Audit persijilan 5S kali ke-11 oleh pihak MPC

 





1. Nama majlis: Audit persijilan 5S kali ke-11 oleh pihak MPC.

2. Tarikh:  31 Mei 2022 (Selasa)

3. Kaedah Audit: Kaedah 3 (Justifikasi Pelaporan Audit Dalaman)

4. Penganjur: MJII

5. Synopsis/keterangan: Audit QE/5S Kali ke-11 di MJII berdasarkan kaedah 3 iaitu menghantar dokumentasi sokongan dan pelaporan audit Dalaman kepada pihak MPC. Audit telah dijalankan oleh En. Sabri Bin Hasan. 

Secara keseluruhan, pihak MPC berpuas hati dengan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang telah dijalankan oleh MJII. Pelaksanaan 5S di organisasi telah berjaya memenuhi keperluan utama pensijilan bagi aspek fizikal dan dokumentasi, dan dilihat dapat membantu organisasi meningkatkan kecekapan prosesnya. Sokongan jitu pihak pengurusan dan komitmen kakitangan jelas dilihat menyumbang kepada kejayaan bagi Audit yang ke -11 ini. Pihak MPC juga telah memaklumkan bahawa penganugerahan sijil QE/5S berdasarkan kepada impak dalam melaksana Dan membudayakan QE/5S di organisasi.

MJII telah berjaya mencapai standard Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dan layak menerima 3 bintang bagi persijilan 5S buat kali ke-11. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga kerja MJII Beranang.

by Haida sensei

Comments

Popular posts from this blog

PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5

Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA)

Program Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) (IPma) 2022.