Seminar Pemiliha Tajuk Projek Tahun Akhir - DKE

 






1 . Nama Program: Seminar Pemiliha Tajuk Projek Tahun Akhir

2. Tarikh : 5 Ogos 2022

3. Masa : 10.15 pagi - 12.15 tengah hari

4. Penganjur : Jabatan Embedded System

5. Peserta : Penyelia PTA, Pelajar Semester 2, 3 dan 4 (DKE) serta Pelajar Semester 4 (DKS)

6. Penceramah: Dr. Muhamad Husaini bin Abu Bakar, Head of Research and Innovation Section, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute


7. Sinopsis/Keterangan: 

Projek Tahun Akhir (PTA) merupakan salah satu kursus wajib dan perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat kelayakan penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektronik di MJII. Pada semester ini, tema PTA adalah untuk menghasilkan projek/produk yang boleh membantu/menaiktaraf pelbagai sektor khusus untuk peniaga-peniaga kecil (SME) dan juga komuniti.  Penceramah yang dijemput juga merupakan ahli akademik yang bergiat aktif didalam penerbitan dan juga penghasilan projek bersama dengan komuniti, industri, badan bukan kerajaan dan juga kerajaan. Pemindahan ilmu dijalankan melalui pemindahan/pertukaran/perkongsian idea-idea kreatif dan inovatif hasil penyelidikan dan pengalaman penceramah. Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu kepada para pelajar dan penyelia untuk memilih tajuk projek yang sesuai dan menarik dengan mengaplikasikan pengetahuan yang dimiliki. Selain itu, memberi idea menghasilkan PTA seiring dengan kehendak industri dan komuniti. Seminar ini juga membuka kepada peluang kolaborasi Joint-Supervision di antara MJII dan UniKL MSI.

by Azrinna sesnei

Comments

Popular posts from this blog

PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5

Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA)

Program Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) (IPma) 2022.