Posts

INTEGRATED CIRCUIT DESIGN BOOTCAMP

Image
  1. Nama Program: INTEGRATED CIRCUIT DESIGN BOOTCAMP 2. Tarikh :  20 Jun 2022 - 1 Julai 2022 3. Masa :  9.00 pagi – 5.00 petang 4. Tempat:  Dewan Theatrette 4 dan Bilik Kuliah 2 5. Sinopsis/keterangan:  Program Bootcamp bagi pembuatan IC Design khas untuk pelajar Mikroelektronik dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran seterusnya mendapatkan input bagi mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti seperti projek tahun akhir dan kajian ilmiah pelajar Jabatan DKM. Integrated Circuit Design Bootcamp ini diadakan dengan kerjasama Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC), Universiti Sains Malaysia. Program ini dimulakan dengan Technical Talk oleh pihak CEDEC, seterusnya beberapa sesi lecture dan pelajar diberikan tugasan untuk menyiapkan projek berkenaan IC Design serta Career Talk dari Associate Prof Basir Saibon : Principal RF IC Design Engineer Symmid Corporation. Pada akhir program, pelajar membentangkan h...

Hari Informasi dan Penyesuaian Program (HIPP) Kemasukan Sesi Julai 2022 #1

Image
  1. Nama Program: Hari Informasi dan Penyesuaian Program (HIPP) Kemasukan Sesi Julai 2022 2. Tarikh :  28 Jun 2022 3. Masa :  9.30 pagi 4. Tempat:  Dewan Hyugo, MJII 5. Sinopsis/keterangan:  Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada bakal-bakal pelajar yang ditawarkan di MJII bagi membantu bakal-bakal pelajar untuk memilih program-program yang tepat dan bersesuaian dengan minat mereka.  Program dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah MJII tentang MJII secara keseluruhan dan diikuti dengan taklimat serta video program bagi setiap jabatan oleh Ketua-ketua Jabatan.  Selepas itu diadakan sesi lawatan ke bengkel untuk setiap program bersama ibubapa dan bakal pelajar bagi memahami lebih dekat tentang program-program yang ada di MJII. Pada akhir program ini, bakal-bakal pelajar juga mengisi borang pemilihan bagi memuktamadkan pilihan program yang mereka minati untuk belajar di MJII. by Puan Aiker

Majlis Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS Asean ke Vietnam

Image
  1. Nama aktiviti: Majlis Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS Asean ke Vietnam 2. Tarikh: 8/7/2022  3. Tempat: Kem Pendidikan Tinggi 4. Penglibatan: Pengarah dan 2 org pelajar MPP 5. Sinopsis: Majlis ini merupakan majlis pelepasan sukarelawan yg terpilih dikalangan pelajar2 IPT seluruh Malaysia utk menjalani kerja2 kesukarelawaan di 4 daerah di Vietnam. Seramai 2 org pelajar MJII dari 76 org yg telah terpilih ke misi ini. Mereka akan berlepas ke vietnam pd 10/7/22 dan akan berada disana sehingga 8/8/2022. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia di bawah KPT dengan kerjasama kerajaan Vietnam. by hajah zarinah

Kursus Asas Kebombaan kepada AJK Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)

Image
  1. Nama aktiviti: Kursus Asas Kebombaan kepada AJK Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) MJII 2. Penceramah: En. Md Suhaimi bin Abdullah & En Mohd Hisamuddin bin Kamsan 3. Tarikh: 29-30 Jun 2022 4. Tempat: Tokyo Hall dan Lobi MJII 5. Penglibatan: 30 orang staf MJII 6. Sinopsis:  Kursus ini meningkatkan pengetahuan dan kemahiran AJK OKK dalam aspek keselamatan kebakaran serta memberi kesedaran dan pengetahuan mengenal bahaya kebakaran. Selain itu, kursus ini memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan AJK OKK dalam aspek pemeriksaan, pengujian dan pengendalian pepasangan sistem kebombaan. 5 orang pengajar dari Balai Bomba & Penyelamat Semenyih telah terlibat dalam menjayakan kursus yang julung-julung kali diadakan di MJII. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah  tentang pengenalan evacuation/mock drill, pengenalan peralatan kebombaan , kawad hos reel, PB1, PB2, PB4 , pengenalan perlindungan aktif/pasif, alat pemadam api (teori & praktikal) dan pra...

Bengkel Pemetaan Silibus antara MJII dan UniKL MSI

Image
  1. Nama aktiviti: Bengkel Pemetaan Silibus antara MJII dan UniKL MSI 2. Tarikh: 13-14 Jun 2022  3. Tempat: Bilik Mesyuarat Nara 4. Penglibatan: Jawatankuasa Pemetaan Silibus 5. Sinopsis: Program ini merupakan inisiatif bagi perbincangan pemetaan kredit di peringkat Diploma MARA-Japan Industrial Institute (MJII) ke program ljazah Sarjana Muda UniKL Malaysian Spanish Institute. Selain itu, perkongsian maklumat mengenai skim penganjuran pelajaran dan program-program semasa yang di laksanakan oleh MJII dan UniKL beserta MARA turut  dijalankan. Wakil dari pihak UniKL MSI adalah terdiri daripada : 1.Ts. Dr. Norramlee Mohamed Noor – Pensyarah & Ketua Program Applied Electronics 2. Ts. Dr. Abdul Malik Mohd Ali – Ketua Jabatan Elektrik & Elektronik by wan saidatul akma

Integrated circuit design Bootcamp - DKM

Image
  Integrated circuit design Bootcamp 20 Jun 2022 - 01 Julai 2022. Semua staf DKM dan pelajar sem 3 di TH4... by Kj Iswandy

Mesyuarat Pra senat jabatan (Audit Pemarkahan 2)

Image
  1. Nama aktiviti: Mesyuarat Pra senat jabatan (Audit Pemarkahan 2) 2. Tarikh: 20-21 Jun2022  3. Tempat: Bilik Okinawa 4. Penglibatan: Semua pensyarah sesi Jan-Jun 2022 5. Sinopsis: Mesyuarat pra senat jabatan telah dilaksanakan bertujuan untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar bagi setiap kursus dan bagi memastikan kursus dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh BKT dan ETAC. by Ustazah Hidayah Adimun