Kursus Asas Kebombaan kepada AJK Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)
1. Nama aktiviti: Kursus Asas Kebombaan kepada AJK Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) MJII
2. Penceramah: En. Md Suhaimi bin Abdullah & En Mohd Hisamuddin bin Kamsan
3. Tarikh: 29-30 Jun 2022
4. Tempat: Tokyo Hall dan Lobi MJII
5. Penglibatan: 30 orang staf MJII
6. Sinopsis: Kursus ini meningkatkan pengetahuan dan kemahiran AJK OKK dalam aspek keselamatan kebakaran serta memberi kesedaran dan pengetahuan mengenal bahaya kebakaran. Selain itu, kursus ini memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan AJK OKK dalam aspek pemeriksaan, pengujian dan pengendalian pepasangan sistem kebombaan. 5 orang pengajar dari Balai Bomba & Penyelamat Semenyih telah terlibat dalam menjayakan kursus yang julung-julung kali diadakan di MJII. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah tentang pengenalan evacuation/mock drill, pengenalan peralatan kebombaan , kawad hos reel, PB1, PB2, PB4 , pengenalan perlindungan aktif/pasif, alat pemadam api (teori & praktikal) dan pratikal penggunaan hos pili bomba.
by Radzi sensei
Comments
Post a Comment