1. Program: Sesi Libat Urus 1/2023 bersama Pengarah MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang. 2. Tarikh: 03 Februari 2023 (Jumaat) 3. Masa: 08:15am - 10:00am 4. Tempat: Tokyo Hall, MJII Beranang 5. Penganjur Program: Jabatan Mikroelektronik (DKM), MJII Beranang 6. Sinopsis/keterangan: Sesi Libat Urus 1/2023 bersama Pengarah MJII Beranang Pn. Hjh Zarinah binti Idrus telah dilaksanakan dengan jayanya seperti ketentuan diatas. Sesi pada kali ini Pn. Pengarah telah membentangkan kedudukan kewangan MJII, perkongsian maklumat berkenaan KPI bagi Tahun 2023. Pn. Pengarah juga memberikan pesanan kepada semua warga kerja MJII agar sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam bekerja seterusnya dapat menaikkan nama MJII Beranang. Pada sesi ini juga, pemberian penghargaan kepada warga kerja MJII Beranang seperti Staf Akademik dan Pentadbiran Terbaik bagi Bulan Januari 2023 dan Penyampaian Insentif dan Royalty kepada para Penulis dari kalangan warga kerja MJII Beranang. D...
1. Nama aktiviti: Program Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) (IPma) 2022. 2. Tarikh: 23-25 September 2022 3. Penganjur: Unit Integriti MARA & SPRM Putrajaya. 4. Tempat: Kem Bina Semangat, Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bharu. 6. Synopsis/keterangan ringkas: Program ini disertai oleh seramai 07 orang wakil peserta MJII daripada keseluruhan 90 peserta KKTM/MJII/IKM/KPM/KM. Pengisian Dalam bentuk LDK serta Pengukuhan rohani. Peserta didedahkan berkaitan isu rasuah, integriti & aktiviti kearah menggilap potensi diri pelajar berintegriti tinggi dan benci rasuah. by Ustaz Dr Khairol Ashrof
1. Program: Bengkel Penyediaan Platform eKehadiran Pelajar 2. Tarikh: 17 Januari 2023 3. Tempat: Bilik Mesy. Sendai 4. Penganjur: JK ePortfolio Pensyarah MJII 5. Sinopsis/keterangan: eKehadiran Pelajar merupakan sub-modul kepada ePortfolio Pensyarah MJII yang menggunakan perisian Microsoft Office 365. Bengkel ini telah membangunkan platform versi 2 bagi menggantikan versi lama yang didapati telah bermasalah, terdedah kepada modifikasi data dan kesukaran merekod bagi kelas/pelajar mengulang. Sebahagian fungsi telah lengkap, namum sebahagian lagi masih dlm pengujian sebelum boleh digunakan oleh semua pensyarah. JK akan memaklumkan kesediaan platform ini untuk digunakan dalam masa terdekat. InsyaAllah by Alifudin sensei
Comments
Post a Comment