TECHNICAL AND INDUSTRIAL TALK ON MICROELECTRONIC & SEMICONDUCTOR
1. Nama Program: TECHNICAL AND INDUSTRIAL TALK ON MICROELECTRONIC & SEMICONDUCTOR
2. Tarikh : 5 Dis 2022 - 6 Dis 2022
3. Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
4. Tempat: Smart Classroom
5. Sinopsis/keterangan: Industri semikonduktor adalah merupakan teras kepada teknologi utama dalam mana-mana sektor pembuatan di seluruh dunia. Peranti semikonduktor adalah komponen yang penting dalam litar elektronik, terutamanya yang dihasilkan daripada bahan silikon. Oleh itu, bagi memantapkan ilmu pengetahuan pelajar tentang mikroelektronik dan semikonduktor, beberapa siri technical dan industrial talk telah dijalankan selama 2 hari semasa Integrated Circuit Design Bootcamp dijalankan. Antara technical talk yang diadakan adalah Introduction to Analog Design Flow – Dr Ruhaifi Abdullah Zawawi, Integrated Circuit Design: History, Present and Future - En. Zulfiqar Ali Abd Aziz, Introduction to Digital Design Flow - Dr Rafidah Ahmad dan From Fabrication to Test & Measurement - Dr Selvakumar Mariappan dari Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC), Universiti Sains Malaysia. Industrial Talk berkenaan Is Semiconductors A Good Career Path? yang diberikan oleh Pn Siti Aifa Zafirah Ahmad dari Intel Technology Sdn Bhd juga telah dijalankan. Selain dari itu, technical talk berkenaan What is Technical Paper dari Dr Shaili Falina Sukri telah memberikan pendedahan kepada pelajar dalam penghasilan techical paper.
by haida sensei
Comments
Post a Comment