Lawatan Audit Pensijilan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) dan Star Rating in MARA Institution (STRIM) kali ke-3
1. Nama Program : Lawatan Audit Pensijilan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) dan Star Rating in MARA Institution (STRIM) kali ke-3
2. Tarikh: 8 – 9 November 2022 (Selasa-Rabu)
3. Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
4. Penganjur: MJII
5. Tempat: MJII
6. Sinopsis/keterangan: MJII telah menerima kunjungan Lawatan Audit Pensijilan MQS dan STRIM kali ke-3 pada 8 dan 9 November 2022. Tujuan audit ini diadakan adalah untuk memperbaharui sijil MQS dan STRIM dalam memastikan budaya persekitaran kerja selamat, berkualiti dan kondusif diamalkan di MJII. Lawatan audit yang berlangsung selama 2 hari itu telah dihadiri oleh 6 orang panel verifikasi yang terdiri daripada:
Pegawai Verifikasi MQS:
1. Pn. Wan Marini Izayu Mahat (KPMB)
2. Cik Norazuin Bin Md Ayob (KKTMPJ)
Pegawai Verifikasi STRIM:
1. Pn Asleenda Binti Ramlee (BPIN)
2. En Mohammad Nazri Bin Hashim (BPIN)
3. En Alif Amirul Bin Azman (PMD)
4. En Mohd Irwan Bin Abu Bakar (BKT)
Keputusan Lawatan Audit Pensijilan MQS dan STRIM tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat jawatankuasa induk MARA. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja MJII yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang padu sepanjang proses audit pensijilan MQS dan STRIM berlangsung.
by Puan Hamirah
Comments
Post a Comment