Seminar Pembentangan Latihan Sangkutan Industri(LSI) Staf siri 2

 







1. Nama aktiviti: Seminar Pembentangan Latihan Sangkutan Industri(LSI) Staf 

Teknikal Sesi 2/2022

2. Tarikh:  2 Disember 2022 (Jumaat)

3. Masa : 8.30 pagi - 10.00 pagi

4. Penganjur: JK Eprofiling

5. Tempat: Tokyo Hall, MJII Beranang

6. Synopsis/keterangan ringkas: 

 

Seminar Pembentangan Latihan Sangkutan Industri(LSI) bagi Staf Teknikal Sesi 2/2022 telah diadakan dengan jayanya di Tokyo Hall, Mara-Japan Industrial Institute. 


Objektif seminar ini adalah sebagai platform untuk membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dilaksanakan oleh para pembentang dengan pengajar lain selepas menjalani LSI di firma/syarikat luar. Firma/syarikat yang terlibat adalah seperti Haas Solutions Sdn Bhd dan Naztech Enterprise.


Di antara pembentang adalah En. Mohd Ismail dan Pn. Siti Zaleha dari Jabatan Robotic & Automation, En. Ezad Razif dari Jabatan Microelectronic dan En Muhammad Nazmi dari Jabatan Embedded System.


Secara keseluruhan,seminar ini telah berjaya dijalankan dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Syabas dan tahniah.

by hajar sensei

Comments

Popular posts from this blog

Sesi Libat Urus 1/2023 bersama Pengarah MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang.

Pertandingan WSMB 2022 peringkat pra kelayakan.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) 2020