Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta 2022 (IRC22)
1. Nama Aktiviti: Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta 2022 (IRC22)
2. Tarikh: 13 -14 Disember 2022
3. Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
4. Penganjur: Jabatan Return To Work, PERKESO
5. Tempat: Bangunan PERKESO, Putrajaya.
6. Synopsis/keterangan:
MJII telah menghantar penyertaan inovasi ke pertandingan Inovasi dan Reka Cipta 2022 (IRC2022) anjuran Jabatan Return to Work, PERKESO buat tahun yang ke 2. Pihak penganjur telah menerima 65 buah projek dari seluruh Malaysia. Terdapat 2 kategori yang dipertandingan iaitu Kategori Orang Awam dan Kategori IPTA/IPTS. MJII telah di senarai pendek dari 5 kumpulan untuk ke peringkat akhir. Diperingkat akhir peserta perlu membuat penerangan produk selama 6 minit di booth pameran dan 15 minit di pentas utama tentang idea dan keberkesanan produk masing-masing. Hasil dari pembentangan ini, Produk MJII telah terpilih menjadi Naib Juara Kategori IPTA/IPTS yang bertemakan "Mencapai Inovasi Inklusif". Diharap penyertaan dan kemenangan ini akan mengangkat TVET MARA sebagai pendidikan institut TVET pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
by azrul sensei
Comments
Post a Comment