Program CSR DKE : Penyerahan Kit Pembelajaran Arduino sebagai Alat Bantu Mengajar Reka Bentuk Teknologi, Tingkatan 2 kepada SMK Bandar Tasik Kesuma

 





1. Nama Program: Program CSR DKE : Penyerahan Kit Pembelajaran Arduino sebagai Alat Bantu Mengajar Reka Bentuk Teknologi, Tingkatan 2 kepada SMK Bandar Tasik Kesuma

2. Tarikh : 10 November  2022 (Khamis)

3. Masa :  1.15petang

4. Tempat : Mara - Japan Industrial Institute, Beranang

5. Penganjur : Jabatan Embedded System

6. Sinopsis/keterangan : Kit Pembelajaran Arduino berserta Manual Pembelajaran Arduino telah berjaya dibangunkan dan dihasilkan untuk kegunaan SMK Bandar Tasik Kesuma. Melalui penyelidikan dalaman Jabatan Embedded System, penggunaan Arduino adalah  selari dengan sukatan pembelajaran RekaBentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah serta sangat diperlukan bagi pelajar.

Pembangunan Kit Pembelajaran Arduino dan Manual Pembelajaran Arduino ini telah dilaksanakan melalui perkongsian idea serta sumbangan kepakaran dalaman Jabatan bagi memanfaatkan kepakaran serta menghasilkan perkongsian pintar dengan komuniti setempat melalui ahli akademik untuk memperkasakan aktiviti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). 

Satu sesi serahan Kit tersebut iaitu alat bantu mengajar (ABM) telah diadakan di Lobi MARA-Japan industrial Institute(MJII). Sebanyak 2 buah Kit Pembelajaran Arduino berserta Manual Pembelajaran telah diserahkan oleh 

Puan Aznira binti Abdullah (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik) kepada Cikgu Noryzana (Guru Panitia RBT) dan Cikgu Hail Azhar. 

Semoga dengan pemberian Kit Pembelajaran Arduino serta Manual Pembelajaran Arduino dapat memenuhi keperluan CSR  dan juga dapat membantu sesi pengajaran dan pembelajaran RBT di SMK Bandar Tasik Kesuma.

by Azrinna sensei

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang