Posts

Showing posts from November, 2022

Operasi Ops Jumaat

Image
  1. Nama aktiviti: Operasi Ops Jumaat 2. Tarikh: 25 Nov 2022 (Jumaat) 3. Masa: 1.20pm - 1.50pm 4. Penganjur: AJK Surau Riyadus Solihin 5. Tempat: Laluan ke asrama pelajar lelaki 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Ops Jumaat kali ini bertujuan untuk menjejak pelajar lelaki yang tidak turun ke surau untuk menunaikan solat Jumaat. Dengan penglibatan AJK Surau Riyadus Solihin, Felo serta beberapa orang staf dalam operasi ini, telah berjaya menangkap seramai 29 pelajar yang tidak turun solat Jumaat.  Pelajar-pelajar tersebut telah diberi kesedaran kerohanian melalui tazkirah yg disampaikan oleh AJK Surau. Diharapkan operasi ni dapat memberi kesedaran kepada mereka akan tanggungjawab sebagai muslim. by Ustazah Hidayah

Bengkel Pra Penyediaan Dokumen Akreditasi Berterusan ETAC MJII

Image
  1. Nama aktiviti: Bengkel Pra Penyediaan Dokumen Akreditasi Berterusan ETAC MJII 2. Tarikh:  24 & 25 Nov 2022 (Khamis & Jumaat) 3. Masa: 9.00am - 5.00pm 4. Penganjur: JK ETAC 5. Tempat: Bilik Okinawa MJII 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Bengkel yang dihadiri oleh 10 staff yang terdiri drpd semua Ketua Jabatan Teknikal beserta setiausaha jabatan masing-masing. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan dan menyiapkan Dokumen Continuing Akreditasi oleh pihak ETAC dan Engineering Technician Education Programme Accreditation Standard 2020. Secara keseluruhannya program tersebut berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang. by Hana sensei

TAKLIMAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN & KESIHATAN GAYA HIDUP SIHAT

Image
  1. Nama Program: TAKLIMAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN & KESIHATAN GAYA HIDUP SIHAT 2. Tarikh:  11 November 2022 (Jumaat) 3. Masa: 8.30 – 10.00 pagi 4. Penganjur: JKKP MJII 5. Tempat: Surau Riyadussolihin MJII 6. Sinopsis/keterangan:  Taklimat Keselamatan & Kesihatan dibahagikan kepada 2 slot iaitu Taklimat Keselamatan Perlindungan telah disampaikan oleh Syaban Sensei. Taklimat ini menyentuh mengenai  keselamatan berkaitan fizikal diri, dokumen, data peribadi, ict dan juga bentuk² ancaman yang ada. Sementara slot kedua pula berkaitan Gaya Hidup Sihat yang telah dikongsikan oleh Dr Siti Norasyikin Moktar berkaitan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD), saringan & pencegahan awal, elemen gaya hidup sihat dan cara menangani stress. by Kj Norhaslinda Jamil

Program PKI Fiber Optik, Kelas Persediaan & Penilaian CA1C

Image
  1. Nama aktiviti: Program PKI Fiber Optik, Kelas Persediaan & Penilaian CA1C  2. Tarikh:  15 - 16 November 2022 3. Masa : 2.00pm – 5.00pm 4. Tempat: MJII Beranang 5. Synopsis/keterangan ringkas:   Program ini melibatkan 16 orang pelajar DKR yang menghadiri progam perkongsian industri mengenai fiber optik, serta menyertai kelas persediaan yang disampaikan oleh En. Rozaini (Panel TM) mengambil peperiksaan CA1C secara dalam talian. Kesemua 16 orang pelajar berjaya lulus dan memperoleh sijil CA1C. by Khairul nisa sensei

Lawatan Audit Pensijilan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) dan Star Rating in MARA Institution (STRIM) kali ke-3

Image
  1. Nama Program : Lawatan Audit Pensijilan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) dan Star Rating in MARA Institution (STRIM) kali ke-3  2. Tarikh:  8 – 9 November 2022 (Selasa-Rabu) 3. Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang 4. Penganjur: MJII 5. Tempat: MJII 6. Sinopsis/keterangan:  MJII telah menerima kunjungan Lawatan Audit Pensijilan MQS dan STRIM kali ke-3 pada 8 dan 9 November 2022. Tujuan audit ini diadakan adalah untuk memperbaharui sijil MQS dan STRIM dalam memastikan budaya persekitaran kerja selamat, berkualiti dan kondusif diamalkan di MJII. Lawatan audit yang berlangsung selama 2 hari itu telah dihadiri oleh 6 orang panel verifikasi yang terdiri daripada: Pegawai Verifikasi MQS:  1. Pn. Wan Marini Izayu Mahat (KPMB) 2. Cik Norazuin Bin Md Ayob (KKTMPJ) Pegawai Verifikasi STRIM: 1. Pn Asleenda Binti Ramlee (BPIN) 2. En Mohammad Nazri Bin Hashim (BPIN) 3. En Alif Amirul Bin Azman (PMD) 4.  En Mohd Irwan Bin Abu Bakar (BKT) Keputusan Lawatan Audit Pensijilan MQS dan STRIM tersebut ak

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang

Image
  1. Nama aktiviti: Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang 2. Tarikh:  11 November 2022 3. Masa : 10.00am – 12.00pm 4. Tempat: MJII Beranang 5. Synopsis/keterangan ringkas:   Program ini melibatkan 5 pengajar & 18 org pelajar Kolej Komuniti Seberang Jaya,Pulau Pinang.Ia merupakan lawatan penanda aras antara Diploma Elektronik Intrumentasi Kolej Komuniti Seberang Jaya bersama Jabatan Electronics Measurement & Control dan Jabatan Robotic & Automation. Antara agenda lawatan ini adalah Taklimat berkenaan dengan program oleh Pn Zalina Zulkabli dan lawatan ke dua lab iaitu Lab Industrial Process ( SCADA) dan Lab Control & Measurement . by Akmar sensei

Program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan

Image
  1. Nama aktiviti: Program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan 2. Tarikh:  11 November 2022 3. Masa : 9.30 pagi hingga 4.00 petang 4. Tempat: Dewan Hyogo & bilik kyoto 5. Synopsis/keterangan ringkas:   Program inisiatif saringan kesihatan kebangsaan ini adalah kerjasama JKKP-CSR MJII Beranang dengan Klinik Kesihatan Beranang. Program ini menawarkan saringan kesihatan secara percuma kepada semua warga kerja MJII dan terbuka bagi komuniti setempat yang berusia 30 tahun dan ke atas. Saringan kesihatan yang diberikan adalah seperti berikut: 1. kencing manis 2. tekanan darah tinggi 3. BMI (Body Mass Index) 4. Ujian HPV (wanita sahaja) 5. Pemeriksaan payudara (wanita sahaja) Program ini diharap dapat membantu warga kerja MJII dan komuniti setempat dapat mencegah penyakit seawal mungkin. “Mencegah lebih baik daripada merawat” by Ustazah Hidayah

Promosi MJII di Program Bulan Kaunseling & Kerjaya SMK Bandar Tasik Kesuma 2022

Image
  1. Nama program:  Promosi MJII di Program Bulan Kaunseling & Kerjaya  SMK Bandar Tasik Kesuma 2022 2.AJK Promosi: Puan Shafini binti Abdul Bar & Puan Sharilla binti Mansor 3. Tarikh/Hari : 14 November 2022/ Isnin 4   Masa : 9.30 - 12.30 tgh  5. Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Sepangor. 6. Penganjur : SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor 7. Sasaran : Pelajar Tingkatan 5  8. Synopsis/Keterangan ringkas: Program Promosi MJII dilaksanakan untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 tentang peluang pendidikan dibawah institusi kelolaan MARA khususnya di MJII Beranang.  Perkongsian maklumat berkaitan Program diploma Kejuruteraan Elektronik di MJII diharapkan dapat membantu pelajar dalam membuat pilihan kerjaya dan meneroka peluang pendidikan di MJII. Semoga lebih ramai pelajar berminat untuk menyambung pengajian peringkat diploma di MJII selepas SPM kelak. by shafini sensei

Program CSR DKE : Penyerahan Kit Pembelajaran Arduino sebagai Alat Bantu Mengajar Reka Bentuk Teknologi, Tingkatan 2 kepada SMK Bandar Tasik Kesuma

Image
  1. Nama Program: Program CSR DKE : Penyerahan Kit Pembelajaran Arduino sebagai Alat Bantu Mengajar Reka Bentuk Teknologi, Tingkatan 2 kepada SMK Bandar Tasik Kesuma 2. Tarikh : 10 November  2022 (Khamis) 3. Masa :  1.15petang 4. Tempat : Mara - Japan Industrial Institute, Beranang 5. Penganjur : Jabatan Embedded System 6. Sinopsis/keterangan : Kit Pembelajaran Arduino berserta Manual Pembelajaran Arduino telah berjaya dibangunkan dan dihasilkan untuk kegunaan SMK Bandar Tasik Kesuma. Melalui penyelidikan dalaman Jabatan Embedded System, penggunaan Arduino adalah  selari dengan sukatan pembelajaran RekaBentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah serta sangat diperlukan bagi pelajar. Pembangunan Kit Pembelajaran Arduino dan Manual Pembelajaran Arduino ini telah dilaksanakan melalui perkongsian idea serta sumbangan kepakaran dalaman Jabatan bagi memanfaatkan kepakaran serta menghasilkan perkongsian pintar dengan komuniti setempat melalui ahli akademik untuk memperkasakan aktiviti STEM (Sains,