NATIONAL WORKSHOP ON VLSI DEVICES, CIRCUITS AND SENSORS TECHNOLOGY

 









1. Nama program: NATIONAL WORKSHOP ON VLSI DEVICES, CIRCUITS AND SENSORS TECHNOLOGY

2. Tarikh: 19 Oktober 2022

3. Masa: 9.00 pagi -5.00 petang

4. Tempat: Auditorium Murad, LG, Sains@USM, Penang

5. Penganjur: Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC), Universiti Sains Malaysia

6. Sinopsis/Keterangan ringkas : 

National Workshop On VLSI Devices, Circuits And Sensors Technology berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Penang. Jabatan Mikroelektronik, MJII telah menghantar 6 orang pelajar Projek Tahun Akhir 1 beserta seorang pegawai pengiring untuk menyertai workshop ini. Penglibatan pelajar dan staf Mikroelektronik di dalam workshop ini dapat meningkatkan pengetahuan dan memberikan pandangan mendalam tentang trend penyelidikan semasa mengenai Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan teknologi ‘sensor’.   

Pembentangan poster kajian juga merupakan salah satu slot semasa di dalam workshop ini. Terdapat 17 penyertaan bagi poster kajian yang mana 15 kajian daripada pelajar postgraduate universiti manakala 2 kajian daripada pelajar Jabatan Mikroelektronik, MJII. Antara tajuk kajian bagi pelajar Mikroelektronik, MJII adalah; 1:  INTEGRATED CURRENT READOUT CIRCUIT WITH ISFET BIOSENSOR dan 2: RECTIFIER AND OVER VOLTAGE PROTECTION CIRCUIT FOR WIRELESS POWER SYSTEM. Penglibatan dalam pembentangan poster kajian ini, membolehkan pelajar-pelajar mendapat pendedahan untuk penyelidikan dan mendapatkan maklum balas daripada kumpulan profesional industri dan ahli akademik universiti bagi tajuk kajian mereka. Kedua-dua poster yang dibentangkan telah melepasi standard untuk dipamerkan di CEDEC.

by Haida sensei

Comments

Popular posts from this blog

PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5

Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA)

Program Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) (IPma) 2022.