Minggu Aktiviti Pelajar MJII 2022 sesi jul - Dis 2022.

 















1.Nama Program: Minggu Aktiviti Pelajar MJII 2022.

2. Tarikh : 3-7 Oktober 2022

3. Masa :  8:30pagi – 11:00 malam

4. Tempat:  Sekitar MJII

5. Anjuran : JK Minggu Aktiviti Pelajar ft Majlis Perwakilan Pelajar, JK Green, JK Kouza, English Club, Nihongo Club, Xpert Club, Unit Pengajian Islam, Unit Kaunseling, Voice Acting Club, MJII Sport League & Rakan Musolla

6. Sinopsis/keterangan:  Minggu Aktiviti Pelajar MJII 2022, julung-julung kalinya diadakan secara bersemuka selepas negara kita berada di fasa endemik Covid19. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang minggu, antaranya termasuklah Japan Culture Day (Shushi Making, Origami, Eating Contest, Penyewaan Yukata), Green Day(Pengumpulan Barangan Kitar Semula), Sukan Kouza (Senamrobik Hari Sukan Negara, Tarik Tali, Colour Run, Badminton, e-Sport), Pertandingan Pidato, Spell It Right, & MJII Got Talent. Penyertaan yang memberansangkan daripada pelajar dan warga MJII memeriahkan lagi program. Selain itu, program yang berbentuk keagamaan turut diadakan antaranya Program Pejam(Pegurusan Jenazah), Sembelihan, Forum Perdana dan Ceramah Selebriti semperna Maulidurrasul. Penutup Minggu Aktiviti Pelajar MJII 2022, diakhiri dengan tayangan montaj aktiviti sepanjang minggu dan pemberian hadiah bagi setiap pertandingan. Diharapkan program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar selain dapat mencungkil bakat-bakat baru dan memberi impak positif dalam diri pelajar dari segi emosi dan jasmani.

by Khairulnisa sensei

Comments

Popular posts from this blog

PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5

Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA)

Program Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) (IPma) 2022.