PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5

 











1.Nama aktiviti: 

Kursus PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5. 

2.Tarikh: 19 September 2022

3.Masa: 1.00ptg hingga 2.15ptg

4.Tempat: SMK Khir Johari

5.Penganjur: Jabatan Mikroelektronik (DKM),MJII

6.Peserta: 29 orang

7.Sinopsis:

Kursus ini dianjurkan oleh jabatan Mikroelektronik tentang tatacara penggunaan kit pembelajaran rektifikasi untuk topik semikonduktor diod bagi subjek Fizik Tingkatan 5. Kursus ini dijalankan secara bersemuka yang melibatkan 28 orang pelajar dan 1 orang guru dari SMK Khir Johari. Penerangan secara teori disampaikan oleh sensei Norhafizan Binti Mohd Hanib dan praktikal tatacara penggunaan kit pembelajaran rektifikasi di laksanakan oleh 4 orang pensyarah dari jabatan Mikroelektronik (DKM) serta dibantu oleh 7 orang pelajar dari kelas Tobu. Topik-topik yang telah diajar merangkumi pengenalan kepada litar asas semikonduktor diod, rektifikasi gelombang separuh dan rektifikasi gelombang penuh beserta fungsi kapasitor di dalam litar. Kit pembelajaran rektifikasi ini adalah sebagai alat bantuan untuk para pelajar mengenal simbol, polariti komponen dan cara pemasangan daripada litar ke peralatan “oscilloscope” serta “function generator” untuk mendapat gelombang keluaran. Selain daripada itu, kit pembelajaran ini juga membantu para pelajar memahami konsep dan aplikasi semikonduktor diod semasa voltan arus terus dan voltan ulang-alik. Di harap kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam memahami konsep diod serta fungsinya. Semoga kursus yang diberikan di SMK Khir Johari ini dapat meningkatkan kecemerlangan para pelajar di dalam SPM.

by sensei shafini

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang