PSH : Kursus Asas Pemasangan dan Pengaturcaraan Arduino & Proteus 2022
1. Nama Program: Kursus Asas Pemasangan dan Pengaturcaraan Arduino & Proteus 2022
2. Tarikh : 1 September 2022 ( Khamis)
3. Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
4. Penganjur : Jabatan 'Data Transmission & Network' (DKR)
5. Tempat : MikroTik Academy, MJII Beranang
6. Peserta : 42 orang
7. Sinopsis :
Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan guru Kolej Vokasional Sepang berkenaan pengenalan dan kaedah untuk membuat pengaturcaraan asas mengunakan Arduino & Proteus serta pemasangan komponen-komponen elektronik kepada Arduino.
Program ini dijalankan secara bersemuka yang melibatkan 38 orang pelajar dan 4 orang guru dari Kolej Vokasional Sepang yang berlangsung selama satu (1) hari. Kursus ini telah diberi taklimat oleh En Dzulhizzam Bin Dulaidi iaitu tenaga pengajar dari jabatan Data Transmission & Network. Topik-topik yang telah diajar merangkumi Pengenalan Pemasangan Perisian, Asas Memahami Input/output dan juga beberapa projek mudah bagi mengukuhkan lagi pemahaman peserta seperti LED Blinking, LED with I2C LCD, LCD with Temperature Sensor dan Ultrasonic sensor with I2C LCD. Diharap kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membina aturcara dan merekabentuk litar mudah dengan menggunakan Arduino & Proteus dan memberi galakkan kepada peserta untuk berinovasi.
by Hajar sensei

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
Comments
Post a Comment