CSR - Penyerahan Kit Pembelajaran Rektifikasi bagi subjek Fizik Tingkatan 5.
1.Nama aktiviti:
Program CSR Jabatan Mikroelektronik (DKM) di SMK Khir Johari, Beranang, Selangor –Penyerahan Kit Pembelajaran Rektifikasi bagi subjek Fizik Tingkatan 5.
2.Tarikh: 19 September 2022
3.Masa: 1.00ptg hingga 2.15ptg
4.Tempat: SMK Khir Johari
5.Penganjur: Jabatan Mikroelektronik (DKM),MJII
6.Penglibatan: 5 orang pensyarah dan 7 orang pelajar DKM
7.Sinopsis:
Program CSR ini dianjurkan oleh jabatan Mikroelektronik untuk membina kit pembelajaran rektifikasi bagi subjek Fizik Tingkatan 5 dan diserahkan oleh En.Mhd Iswandi Bin Katutu, Ketua Jabatan Mikroelektronik (DKM) kepada Panitia Sains SMK Khir Johari. Seramai 5 orang pensyarah dan 7 orang pelajar dari kelas Tobu terlibat dalam pembinaan dan pengujian kit pembelajaran rektifikasi ini. Sebanyak 8 unit kit pembelajaran dibangunkan dan dibina sebagai alat bantu mengajar untuk membantu para pelajar dalam memahami konsep dan aplikasi litar asas diod, rektifikasi separuh gelombang dan rektifikasi gelombang penuh di dalam topik semikonduktor diod untuk subjek Fizik Tingkatan 5. Semoga dengan penyerahan kit pembelajaran di SMK Khir Johari ini dapat membantu para pelajar meningkatkan kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM.
bu sensei shafini
Comments
Post a Comment