Perbincangan bersama CMN Academy untuk penerbitan modul pembelajaran dan potensi platform Digylearn

 







1. Program: Perbincangan bersama CMN Academy untuk penerbitan modul pembelajaran dan potensi platform Digylearn

2. Tarikh/Hari : 12 Julai 2022

3. Masa : 3.00 - 5.30 petang

4. Tempat : Bilik Mesyuarat Sendai

5. Sinopsis program: 

Modul pembelajaran yang digunakan dalam PdP sering kali dibangunkan dan digunakan secara perseorangan (oleh pensyarah) atau dikongsikan bersama beberapa pensyarah lain sahaja. Modul-modul ini sebahagiannya telah disusun dan diolah dengan baik sesuai dengan perkembangan teknologi dan teknik PAK21 terkini. Bagi membolehkan modul-modul ini dapat diperkembangkan penggunaannya, tidak terhad untuk kegunaan dalaman MJII sahaja, JK Penerbitan Bahan Pembelajaran mengambil inisiatif untuk mengetengahkan bahan-bahan yang berpotensi dengan kerjasama CMN Academy untuk menambahbaik kandungan modul sehingga sesuai diterbitkan sama ada secara digital mahupun bercetak. Platform Digylearn telah dicadangkan sebagai aplikasi/library untuk mengumpul, memasarkan dan menggunakan modul berkaitan secara digital. Perbicangan lanjut akan diadakan untuk perincian dan potensi untuk mewujudkan kerjasama.

by alifudin sensei

Comments

Popular posts from this blog

PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5

Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA)

CSR Jabatan Robotik & Automasi : Serahan Automatic Sanitizer untuk kegunaan SMK Bandar Tasik Kesuma (SMKBTK) : 29 Jun 2020