Kursus Asas Arduino & Proteus Secara Online 2022
1. Nama Program: Kursus Asas Arduino & Proteus Secara Online 2022
2. Tarikh : 18 & 22 Julai 2022 (Isnin & Jumaat)
3. Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
4. Penganjur : Jabatan 'Data Transmission & Network' (DKR)
5. Tempat : Aplikasi Microsoft Team
6. Peserta : 56 orang
7. Sinopsis :
Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan asas bidang Kejuruteraan Elektronik kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan institusi pendidikan yang terdiri daripada IKM Kuala Lumpur, IKM Lumut, KKTM Sri Gading, KKTM Kuantan dan KPM Beranang berkenaan pengenalan dan kaedah untuk membuat aturcara asas mengunakan Arduino & Proteus.
Program ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Aplikasi Microsoft Team yang melibatkan 56 orang peserta dan berlangsung selama dua (2) hari. Kursus ini telah diberi taklimat oleh En Dzulhizzam Bin Dulaidi iaitu tenaga pengajar dari jabatan Data Transmission & Network. Topik-topik yang telah diajar merangkumi Pengenalan Pemasangan Perisian, Asas Memahami Input/output dan juga beberapa projek mudah bagi mengukuhkan lagi pemahaman peserta seperti LED Blinking, Push Button Torch Light, LDR Night Light dan LED Thermometer. Diharap kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membina aturcara dan merekabentuk litar mudah dengan menggunakan Arduino & Proteus dan memberi galakkan kepada peserta untuk berinovasi.
by Siti Hajar sensei
Comments
Post a Comment