Posts

Showing posts from July, 2022

Program CSR Kelas Microbit Tahun 5

Image
  1. Nama Program: Program CSR Kelas Microbit Tahun 5 2.Tarikh :  30 Julai 2022 3. Masa :  9.00 pagi - 12 Tghr 4. Tempat:  Hiroshima Room 5. Anjuran: CSR MJII, CSR Kesatria dan Jabatan DKC 6. Sinopsis/keterangan: Kursus Microbit untuk tahun 5 adalah pendedahan kepada murid penggunaan microbit bagi mata pelajaran rekabentuk dan teknologi (rbt). Seramai 11 orang pelajar jabatan dkc telah menjadi fasilitator kepada 11 orang murid dari sekolah rendah terpilih untuk menyertai kursus ini. Diharapkan program ini mendedahkan murid murid sekolah untuk mengenali bidang elektronik dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. by Azrul sensei

Kursus Asas Komunikasi Bahasa Jepun

Image
  1. Nama Program: Kursus Asas Komunikasi Bahasa Jepun  2.Tarikh :   PSH : 20 & 21 Jul 2022 3. Masa :  9.00 pagi - 4.00 ptg 4. Tempat:  Online Class 5. Anjuran: Jabatan Pengajian Am  6. Sinopsis/keterangan: Kursus Asas Komunikasi Bahasa Jepun adalah projek PSH  yg dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Am. Kursus ini telah dihadiri oleh 14 org peserta. Objektif kursus adalah untuk menyediakan kursus kepada komuniti luar dalam mempelajari bahasa Jepun. Topik yang diajar di dalam kursus termasuk lah greetings, pengenalan diri, nombor, waktu, tulisan asas hiragana katakana dan budaya Jepun. by Kj Linda

Safety Talk – Common Safety At Workplace And Introduction To Engineering Ethics

Image
  Nama Program :Safety Talk – Common Safety At Workplace And Introduction To Engineering Ethics Tarikh :  22 Julai 2022 Masa : 8.30 - 10.00 pagi Tempat : Surau Riyadussolihin MJII Anjuran: Unit Latihan Industri & JKKP Peserta : Pelajar sem 2, 3, 4 & 5 Sinopsis/Keterangan Program: Program ini merupakan satu program yang memberi penekanan tentang keselamatan ketika berada di tempat kerja. Program ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar yang bakal menjalani latihan industri, ia juga dapat membantu para pelajar cakna tentang keselamatan. Memandangkan para pelajar bakal menjalani latihan industri di kawasan perkilangan, kita dapat mengetahui prinsip mengawal risiko seperti kebakaran, kebocoran gas dan lain-lain. Terdapat juga pembelajaran mengenai tindakan sebelum latihan industri, tindakan semasa latihan industri dan tindakan selepas latihan industri yang dapat membantu para pelajar dapat menjalani latihan dengan baik dan cemerlang. by Kj Linda

Kursus Asas Arduino & Proteus Secara Online 2022

Image
  1. Nama Program: Kursus Asas Arduino & Proteus Secara Online 2022 2. Tarikh     : 18 & 22 Julai 2022 (Isnin & Jumaat) 3. Masa     : 9.00 pagi – 5.00 petang 4. Penganjur        : Jabatan 'Data Transmission & Network' (DKR) 5. Tempat     : Aplikasi Microsoft Team 6. Peserta      : 56 orang 7. Sinopsis           : Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan asas bidang Kejuruteraan Elektronik kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan institusi pendidikan yang terdiri daripada IKM Kuala Lumpur, IKM Lumut, KKTM Sri Gading, KKTM Kuantan dan KPM Beranang berkenaan pengenalan dan kaedah untuk membuat aturcara asas mengunakan Arduino & Proteus.  Program ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Aplikasi Microsoft Team yang melibatkan 56 orang peserta dan berlangsung selama dua (2) hari. Kursus ini telah diberi taklimat oleh En Dzulhizzam Bin Dulaidi iaitu tenaga pengajar dari jabatan Data Transmission & Network. Topik-topik yang telah diajar merang

Training For Trainer Artificial Intelligent with (Robomy Sdn Bhd)

Image
  1. Program: training For Trainer Artificial Intelligent with (Robomy Sdn Bhd) 2. Tarikh/Hari : 18 - 28 Julai 2022 3. Masa : 8.30 – 5.00 petang 4. Tempat : Process Control Lab 5.      Peserta : 6 orang pensyarah  6. Sinopsis program:                   Enam orang Pensyarah dari jabatan DKS dan serang dari jabatan DKC sedang menjalani kursus TOT Artificial Intelligent yang dilaksanakan bersama Panel Penasihat Industri (IAP) jabatan DKS iaitu Mr. Afsal. Beliau adalah Chief Programmer Engineer untuk syarikat Robomy Sdn Bhd. by Jaa sensei

Program sumbangan bantuan keperluan CSR Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh

Image
  1. Nama Program: Program sumbangan bantuan keperluan CSR Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh 2.Tarikh :  20 Julai 2022 (Rabu) 3. Masa :  11.00  pagi 4. Tempat:   Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh, Bangi. 5. Anjuran: Jabatan Mikroelektronik. 6. Sinopsis/keterangan: Program sumbangan bantuan CSR anjuran Jabatan Mikroelektronik ini telah diserahkan oleh Ketua Jabatan DKM, En. Mhd Iswandi bin Katutu kepada wakil pusat jagaan ini. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh ditubuhkan pada 2013 sebagai inisiatif untuk tempat perlindungan kanak-kanak yatim yang miskin dan memerlukan tempat tinggal. Antara sumbangan barangan keperluan dapur yang diberikan adalah seperti bahan mentah iaitu minyak, sayur-sayuran dan barangan dapur yang lain. Diharapkan dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan dan menampung keperluan kanak-kanak di sana. by Kj Iswandy

Project Proposal Presentation Verified by IAP (Robomy Sdn Bhd)

Image
  1. Program: Project Proposal Presentation Verified by IAP (Robomy Sdn Bhd) 2. Tarikh/Hari : 21 Julai 2022 3. Masa : 1.00 – 2.00 petang 4. Tempat : Pneumatic & Hydraulic Lab  5. Sinopsis program:                          Setiap pelajar semester 4 perlu mengambil kursus Project Proposal DFV40162. Menjadi satu keperluan untuk setiap Projek yang dicadangkan oleh pelajar itu mendapatkan pengesahan daripada pihak industri. Ianya adalah untuk membuktikan bahawa setiap cadangan projek itu adalah bersesuaian dengan keperluan industri dan berteraskan teknologi elektronik terkini. Bagi Jabatan DKS, Mr. Afsal, Jurutera Syarikat Robomy Sdn Bhd yang juga Industry Advisory Panel bagi DKS telah berkesempatan untuk bersama-sama membantu pelajar-pelajar DKS bagi menilai cadangan-cadangan projek mereka. by Jaa sensei

Perbincangan bersama CMN Academy untuk penerbitan modul pembelajaran dan potensi platform Digylearn

Image
  1. Program: Perbincangan bersama CMN Academy untuk penerbitan modul pembelajaran dan potensi platform Digylearn 2. Tarikh/Hari : 12 Julai 2022 3. Masa : 3.00 - 5.30 petang 4. Tempat : Bilik Mesyuarat Sendai 5. Sinopsis program:  Modul pembelajaran yang digunakan dalam PdP sering kali dibangunkan dan digunakan secara perseorangan (oleh pensyarah) atau dikongsikan bersama beberapa pensyarah lain sahaja. Modul-modul ini sebahagiannya telah disusun dan diolah dengan baik sesuai dengan perkembangan teknologi dan teknik PAK21 terkini. Bagi membolehkan modul-modul ini dapat diperkembangkan penggunaannya, tidak terhad untuk kegunaan dalaman MJII sahaja, JK Penerbitan Bahan Pembelajaran mengambil inisiatif untuk mengetengahkan bahan-bahan yang berpotensi dengan kerjasama CMN Academy untuk menambahbaik kandungan modul sehingga sesuai diterbitkan sama ada secara digital mahupun bercetak. Platform Digylearn telah dicadangkan sebagai aplikasi/library untuk mengumpul, memasarkan dan meng

Mini Project Presentation judging by IAP (Emerald System)

Image
  1. Program: Mini Project Presentation judging by IAP (Emerald System) 2. Tarikh/Hari : 31 May 2022 3. Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang 4. Tempat : Bilik Kuliah 2 5. Penglibatan : 27 orang pelajar semester 3  6. Sinopsis program:  Mini Project IC Design merupakan tugasan yang perlu diselesaikan oleh setiap pelajar Mikroelektronik yang mengambil kursus IC Design pada setiap akhir semester 3. Tugasan ini untuk mengukuhkan pemahaman asas pelajar dalam aspek teori dan penggunaan perisian Mentor Graphics sebelum mereka perlu menduduki peperiksaan kompetensi asas Mentor Graphics. Bagi menyiapkan pelajar dengan suasana pembentangan di dalam persekitaran pekerjaan, pihak Emerald System yang merupakan salah satu syarikat yang menjadi distributor perisian Mentor Graphic di Asia Tenggara telah dijemput sebagai panel penilai mini project bagi kursus IC Design ini. by Haida sensei

Basic Mentor Graphics Competency Examination Course

Image
  1. Program: Basic Mentor Graphics Competency Examination Course 2. Tarikh/Hari : 30 Jun 2022 3. Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang 4. Tempat : Bilik Kuliah 2 5. Penglibatan : 27 orang pelajar semester 3 dan 3 orang pelajar semester 4 Program Mikroelektronik 6. Sinopsis program:  Peperiksaan kompetensi dalam penggunaan perisian Mentor Graphics ini melibatkan semua pelajar semester 3 dan 3 orang pelajar semester 4 program Mikroelektronik. Perisian Mentor Graphics ini merupakan salah satu Electronic Design Automation (EDA) tools yang digunakan oleh industri dalam merekabentuk Integrated Circuit. Peperiksaan ini dikendalikan oleh En. Khairul Anuar dan En. Khoo Choon Hau dari Emerald System.   Seramai 18 orang pelajar telah berjaya lulus dari 30 pelajar yang menduduki peperiksaan ini.  Pelajar yang lulus telah menerima sijil kompetensi bagi Asas Mentor Graphic. 2 orang pelajar telah dipilih sebagai pelajar terbaik dalam penggunaan perisian ini iaitu saudara Azril Anuar Bin Muhamma