MikroTik Train The Trainer (MikroTik-TTT)
1. Nama Program : MikroTik Train The Trainer (MikroTik-TTT)
2. Tarikh : 21 Mei 2022 – 31 Mei 2022
3. Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
4. Peserta: En Dzulhizzam Bin Dulaidi dan En Ubaidullah Bin Aziz
5. Tempat : Riga, Latvia
6. Sinopsis/Keterangan:
Dua orang pengajar dari jabatan DKR iaitu En Dzulhizzam Bin Dulaidi
dan En Ubaidullah bin Aziz serta diiringi En Mohammed Khomeini Bin Abu selaku jurulatih telah berangkat ke Riga, Latvia bagi menghadiri Program Mikrotik Train The Trainer (MikroTik-TTT) pada 22 - 31 Mei 2022.
Program ini disertai oleh 20 orang peserta dari 12 buah negara iaitu
Albania, Azerbaijan, Brazil, Costa Rica, Jerman, Indonesia, Itali, Latvia,Malaysia, Mesir, New Zealand dan Sepanyol. Para peserta yang terlibat mempunyai latarbelakang kepakaran dalam pelbagai bidang ICT dan sistem rangkaian, pensyarah universiti dan pengurusan tertinggi syarikat. Bagi mendapatkan sijil MikroTik-TTT mereka melalui 3 fasa iaitu fasa yang pertama ujian MikroTik Certified Network Associate (MTCNA), fasa kedua iaitu MikroTik Certified Routing Engineer (MTCRE) dan fasa yang terakhir ialah sesi pembentangan projek Mikrotik yang telah diluluskan diperingkat awal saringan. Kelulusan ujian pada setiap fasa adalah wajib sebelum boleh meneruskan ke fasa yang berikutnya.
Diakhirnya, 17 orang daripada 20 orang peserta telah lulus dan diiktiraf sebagai MikroTik Certified Trainer dan menjadi sebahagian daripada Duta MikroTik di negara masing-masing. Dengan pencapaian ini, jumlah MikroTik Certified Trainer dari Malaysia ialah seramai 3 orang.
Seluruh warga MJII mengucapkan sekalung TAHNIAH diatas kejayaan mereka.
by azlin sensei
Comments
Post a Comment