Program Kesedaran Kesihatan Mental dan Emosi Pelajar
1. Nama Program: Program Kesedaran Kesihatan Mental dan Emosi Pelajar
2. Penceramah : Puan Tengku Noorhidayati bt Tg. Mohamed, Puan Norriah Hani bt Jamaluddin (kaunselor MJII Beranang)
3. Tarikh/Hari : 1 April 2022/ Jumaat)
4. Masa : 8.30 - 10.00 pagi.
5. Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII
6.Penganjur : Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII
7. Sasaran : semua pelajar MJII Beranang
Program Kesedaran Kesihatan Mental ini telah dilaksanakan oleh kaunselor kepada semua pelajar MJII Beranang. Kaunselor telah membuat perkongsian tentang isu kesihatan mental di dalam Malaysia yang kian meruncing pada masa kini.
Kaunselor juga telah membuat perkongsian tips bagaimana menjaga kesihatan mental dan emosi serta teknik ringkas '5-4-3-2-1 Grounding Technique' dalam menangani isu keresahan yang dialami oleh pelajar.
Oleh itu, adalah penting untuk pelajar MJII menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan khusus.
Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjaga kesihatan diri dan mental dengan lebih baik.
by kaunselor hidayati
Comments
Post a Comment