MJII Innovative Project Expo (MIPE’22) dan Demonstrasi Projek Tahun Akhir B21/D21

 








1. Nama Program: 

MJII Innovative Project Expo (MIPE’22) dan Demonstrasi Projek Tahun Akhir B21/D21

2. Tarikh : 27 April 2022 (Rabu)

3. Masa :  9 pg - 4 ptg

4. Tempat : Dewan Hyogo, Mara - Japan Industrial Institute, Beranang

5. Anjuran: JK Kajian & MPP MJII dengan kerjasama JK PTA & RICoL

6. Sinopsis/keterangan : 

MIPE 2022 merupakan platform bagi mengenalpasti projek tahun akhir pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan bagi menyertai pertandingan inovasi, pengkomersialan, pameran di Galeri, bagi tujuan memberikan pengiktirafan dan pendedahan kepada pertandingan inovasi oleh pihak luar.

Sebanyak 20 kumpulan projek telah terpilih sebagai finalis MIPE’22. Pemilihan ini adalah berdasarkan saringan video marketing PTA oleh panel juri yang dilantik

Empat orang panel jemputan terdiri daripada Dr Mohd Nazrin dan En Mohd Shahdi(GMI),En Muhammad Ridhwandari MBOT dan En Muhammad dari Mc Gyver turut sama menjayakan penjurian MIPE’22.

Bagi MJII Open Innovation Category pula mengetengahkan idea bagi video-vedio inovasi pelajar semester 3,2,dan 1 untuk dipertandingkan dan dinilai oleh panel dalaman MJII

Secara keseluruhan, kesemua finalis MIPE’22 telah berjaya mempamerkan persembahan yang menarik dan memberikan saingan yang kompetatif bagi mendapatkan pengiktirafan daripada pihak juri untuk diangkat sebagai pemenang.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, SV dan pelajar yang berjaya memenangi pelbagai anugerah dan pingat dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

by Norizam sensei

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang