LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARK) LEAN MANAGEMENT OLEH KOLEJ MARA SEREMBAN

 







Nama aktiviti: LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARK) LEAN MANAGEMENT OLEH KOLEJ MARA SEREMBAN

2. Tarikh: 29.03.2022 (Selasa)

3. Masa : 3.00 – 5.00 petang

4. Tempat: TH3, YOKOHAMA HALL, MJII

5. Penganjur: JAWATANKUASA LEAN MANAGEMENT MJII 

6. Sinopsis/Keterangan:  

MARA Japan Industrial Institute (MJII) telah menerima Lawatan Kerja Penanda Aras oleh Kolej MARA (KM) Seremban. Lawatan ini telah dihadiri oleh 30 orang staf KM Seremban diketuai oleh Ketua Deligasi, Pn Darlina binti Zakaria. 

Lawatan ini disambut oleh Timbalan Pengarah (KPHP) MJII, Pn Haniza binti Sahar dan 4 orang ahli Jawatankuasa Lean Management MJII. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi pengalaman dari segi tenaga kerja, masa , sumber dalam melaksanakan Amalan Pengurusan Lean dan pengalaman penglibatan dalam pertandingan anjuran MPC.

Sesi perkongsian dalam lawatan ini telah disampaikan oleh Penyelaras Lean Management MJII, Pn Fatma Syazana binti Zaini. Lawatan ini telah mencapai objektif dan berakhir pada jam 5.00 petang.

by Amalina sensei

Comments

Popular posts from this blog

PSH - Tatacara Penggunaan Kit Pembelajaran Rektifikasi Bagi Subjek Fizik Tingkatan 5

Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA)

Program Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) (IPma) 2022.