Jelajah Promosi MJII Beranang Siri 1
1. Nama Program: Jelajah Promosi MJII Beranang Siri 1
2. Pegawai terlibat : Puan Tengku Noorhidayati bt Tg.Mohamed (Kaunselor)
3. Tarikh/Hari : 17 Disember 2021/Khamis
4. Masa : 8. 00 - 5.00 petang.
5. Penganjur : Jawatankuasa Promosi MJII Beranang dengan kerjasama Unit
Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang
Siri Jelajah Promosi MJII Beranang ini dirangka khusus yang melibatkan pertemuan bersemuka bersama pihak pengurusan tertinggi sekolah-sekolah yang terlibat di sekitar daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara sekolah-sekolah yang terpilih dalam program jelajah promosi untuk siri yang pertama ini antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar, Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad. Pertemuan bersemuka diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pengetua, timbalan pengetua serta kaunselor sekolah yang terlibat berkaitan program pengajian yang disediakan di IPMA khususnya MJII iaitu program Kejuruteraan Elektronik dan laluan-laluan pengajian selepas program diploma khususnya peluang pengajian ke luar negara. Di samping mempromosikan program pengambilan pelajar untuk kemasukan ke MJII sesi Januari 2022, perbincangan juga berkisar pada program dan kolaborasi pada masa akan datang. Diharapkan dengan program siri jelajah ini dapat membantu peningkatan pelajar untuk kemasukan ke MJII sesi Januari 2022 di samping mewujudkan rangkaian jalinan kerjasama yang erat dan kukuh dalam meningkatkan lagi kualiti serta mengetengahkan MJII ke segenap ruang lapisan masyarakat.
by Kaunselor Tengku Norhidayati
Comments
Post a Comment