Program Pelancaran Program Bulan Kaunseling Peringkat MJII Beranang Tahun 2021 & Ceramah " Kesejahteraan Kesihatan Mental Pemacu Ke Arah Kehidupan Harmoni Dan Bahagia”
1. Nama program: Program Pelancaran Program Bulan Kaunseling Peringkat MJII Beranang Tahun 2021 & Ceramah " Kesejahteraan Kesihatan Mental Pemacu Ke Arah Kehidupan Harmoni Dan Bahagia”
2. Penceramah : Encik Nathir bin Mehamad, Pegawai Psikologi LPPKN Pulau Pinang
3. Tarikh : 15 Oktober 2021
4. Masa : 8. 30 - 10.00 pagi
5. Tempat: Microsoft Teams
6. Penganjur : Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang dengan Kerjasama LPPKN Pulau Pinang
7. Sasaran : melibatkan semua pelajar dan staf MJII Beranang
Bersempena dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan di MJII Beranang, satu program pelancaran Bulan Kaunseling Peringkat MJII Tahun 2021 & Ceramah " Kesejahteraan Kesihatan Mental Pemacu Ke Arah Kehidupan Harmoni Dan Bahagia” anjuran Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang. Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian dan telah dilancarkan oleh Pengarah MJII Beranang, Puan Hajah Zarinah bt Idrus di samping pemakaian reben hijau sebagai tanda simbolik bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada 10 Oktober 2021. Program diteruskan lagi dengan slot ceramah oleh Encik Nathir bin Mehamad, Pegawai Psikologi LPPKN Pulau Pinang yang mengupas isu kesihatan mental pada masa kini untuk memberi penghayatan dan memupuk kesedaran dalam menjaga kesihatan mental di kalangan staf dan pelajar MJII Beranang dan cara menanganinya. Antara aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan sepanjang bulan Kaunseling Kebangsaan ialah pertandingan poster digital, idea pitch, dan pertandingan video pendek.
by Kaunselor Hidayati
Comments
Post a Comment