Sembang Santai bersama Kaunselor: Integriti asas Pembentukan Kendiri dan Imej Pelajar"

 









1. Nama Program:   Sembang Santai bersama Kaunselor: Integriti asas Pembentukan Kendiri dan Imej Pelajar"

2. Panel :Puan Siti Nurafizah bt Mohd Zam Zam, Kaunselor IKM KL dan Pn. Tg Noorhidayati bt. Tg Mohamed, Kaunselor MJII Beranang (Moderator)

3. Tempat:  Microsoft Teams (dalam talian)

4.Tarikh :  25 Jun 2021.

5. Masa :  8.30 – 10.00 pagi

6.sasaran: semua pelajar MJII Beranang

7.Penganjur : Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang

8.Sinopsis/keterangan:


Program ini dilihat sebagai satu usaha murni untuk memberi pendedahan integriti yang dapat membentuk jati diri pelajar yang jitu dan bersih. Penerapan nilai-nilai integriti kepada pelajar bukan sahaja memfokuskan kepada pembentukan peribadi secara total, bahkan ia juga bertujuan mendidik pelajar pentingnya nilai amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Integrasi pembentukan kendiri pelajar yang berintegriti ini dapat dizahirkan melalui nilai-nilai positif dalam aspek jasmani, rohani, emosi, spiritual, dan intelektual. Pelajar juga merupakan aset yang penting bagi membina sebuah negara yang maju dan berdaya saing. Oleh itu, kualiti unggul mereka bukan sahaja dilihat dari segi nilai akademiknya, sahsiah bahkan juga intergriti yang tinggi yang melayakkan mereka bersaing dan berjaya dalam dunia pekerjaan di masa akan datang. Pelaksanaan program seumpama ini diharapkan dapat menjana imej kendiri positif pelajar dalam kehidupan seharian dan seterusnya memacu serta memelihara imej MJII dalam organisasi mahupun komuniti.

by kaunselor hidayati

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang