Lawatan Kerja Ke MJII oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM - 12 April 2021 (Isnin)

 









1. Nama Aktiviti: Lawatan Kerja Ke MJII oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM
2. Tarikh: 12 April 2021 (Isnin)
3. Masa: 8:30 pagi - 12:30 tengahari
4. Penglibatan : Seluruh warga MJII dan wakil-wakil KPLB,BKT, PMN Selangor serta YPM. 

5. Synopsis/keterangan ringkas:

Lawatan kerja dari UPE yang diketuai oleh En. Lukman Bin Ahmad selaku Pengarah Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri adalah bagi tujuan pemantauan terhadap projek-projek pembangunan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Lawatan ini juga disertai oleh wakil KPLB, BKT,PMN dan YPM.
Sesi taklimat oleh Pengarah MJII kepada deligasi diadakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan program yang dilaksanakan serta halatuju MJII selaku pusat Pendidikan yang menjalankan program TVET.
Delegasi dibawa ke Galeri Narita untuk melihat beberapa projek inovasi yang telah dihasilkan serta taklimat tentang pencapaian dan kejayaan MJII dalam pertandingan-pertandingan yang telah disertai dalam  inovasi serta world skills. Delegasi juga dibawa ke makmal-makmal seperti RTOS Lab, Labview Academy, Scada Lab, Pneumatic Lab, Microtik Academy, Robotic Lab dan Cleanrooom bagi melihat dengan lebih jelas peralatan-peralatan yang digunakan di MJII.

by Fahami

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang