Lawatan Audit Panel Pemeriksa Luar (External Examiner-EE) : 10 - 11 Mac 2021 (Rabu & Khamis)
1. Nama Aktiviti: Lawatan Audit Panel Pemeriksa Luar (External Examiner-EE)
2. Tarikh: 10 - 11 Mac 2021 (Rabu & Khamis)
3. Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
4. Penglibatan : Warga Akademik MJII, Staf Pentadbiran, Pelajar MJII, Alumni, Panel Penasihat Industri MJII
5. Synopsis/keterangan ringkas:
Lawatan Audit Panel Pemeriksa Luar telah dijalankan ke atas Lima Program Diploma Kejuruteraan Elektronik MJII. Audit ini merupakan salah satu kriteria utama penilaian Akreditasi ETAC; iaitu Laporan Panel Pemeriksa Luar (EE) yang mesti disertakan bersama dokumen Self Assessment Report (SAR) bagi setiap program yang memohon Akreditasi Penuh ETAC.
Lawatan Audit ini merangkumi 7 Kriteria penilaian berpandukan Engineering Technician Education Programme Accreditation Standard 2020. Panel EE turut mengadakan semakan dokumen kurikulum, temubual bersama staf akademik dan sokongan, serta lawatan fasiliti (lab, perpustakaan, UPP dan HEP). Temubual secara maya menggunakan platform Microsoft Teams bersama Pelajar MJII (Cohort 2.5T dan 3T), Alumni MJII, Panel Penasihat Industri MJII turut dilaksanakan.
Panel Pemeriksa Luar yang dilantik bagi setiap program adalah seperti berikut:
DKC - Associate Prof Ir. Ts. Dr. Mohd Khair Hassan
DKE - Ts Dr. M Norazizi Sham bin Mohd Sayuti
DKM - Prof Ir. Dr Norhayati binti Soin
DKR - Ts. Dr Siti Amalina Binti Enche Ab Rahim
DKS - Associate Prof Dr Mohd Azizi bin Abdul Rahman
by Suhana
Comments
Post a Comment