Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Siri 2 - 15 April 2021

 







1. Nama Program:  Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Siri 2
2. Penceramah :  Encik Johari bin Salim, Pegawai Kaunseling dari Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat MARA 
3. Tempat: Theatrette 4,MJII
4.Tarikh :  15 April 2021
5. Masa : 9. 00 - 12.00 tengahari. 
6. Peserta : 10 orang Penasihat Akademik
Penganjur :   Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada semua pensyarah berkaitan kemahiran - kemahiran asas di dalam kaunseling. Kemahiran asas ini merangkumi teknik-teknik kaunseling yang praktikal dan sesuai digunakan dalam urusan kerja seharian. Bengkel ini memberi peluang kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Penasihat Akademik mempelajari ilmu baru dalam kemahiran asas kaunseling seperti dorongan minima, kemahiran melayan, kemahiran mendengar dan kemahiran yang lain. Kaedah yang dipelajari  juga membolehkan Penasihat Akademik mengendalikan pelajar dengan lebih baik terutama yang memerlukan sokongan dan bimbingan dari segi akademik dan juga sahsiah.

by Kaunselor Tg Hadayati

Comments

Popular posts from this blog

Perjumpaan Bersama Graduan MJII di KLIA sebelum berlepas ke Tokushima University, Jepun.

Program CSR Food Bank MJII

Lawatan Penanda Aras Diploma Elektronik Intrumentasi dari Kolej Komuniti Seberang Jaya, P.Pinang