Posts

Kursus Advanced Raspberry Pi for Robotics Computer Vision

Image
  1. Nama aktiviti: Kursus Advanced Raspberry Pi for Robotics Computer Vision 2. Penceramah: En. Mohamad Ariffin bin Zulkifli dan En Hazrien Nazman, MyInvent Technologies Sdn. Bhd. 3. Tarikh: 17-19 Mei 2022 4. Tempat: Physics Lab 1 5. Penglibatan: 5 orang Pensyarah Embedded System 6. Sinopsis:  Kursus ini meningkatkan pengetahuan pensyarah berkenaan Artificial Intelligence (AI), Machine Learning (ML) dan Computer Vision (CV). Dalam kursus ini, pensyarah diajar  membangunkan program CV menggunakan Python dan Open CV. Pensyarah juga mempraktikkan konsep CV ke atas robot AI. by Azrinna sensei

MikroTik Train The Trainer (MikroTik-TTT)

Image
  1. Nama Program : MikroTik Train The Trainer (MikroTik-TTT) 2. Tarikh : 21 Mei 2022 – 31 Mei 2022 3. Masa  : 8.00 pagi – 5.00 petang 4. Peserta: En Dzulhizzam Bin Dulaidi dan En Ubaidullah Bin Aziz 5. Tempat : Riga, Latvia 6. Sinopsis/Keterangan:   Dua orang pengajar dari jabatan DKR iaitu En Dzulhizzam Bin Dulaidi  dan En Ubaidullah bin Aziz serta diiringi En Mohammed Khomeini Bin Abu selaku jurulatih telah berangkat ke Riga, Latvia bagi menghadiri Program Mikrotik Train The Trainer (MikroTik-TTT) pada 22 - 31 Mei 2022.  Program ini disertai oleh 20 orang peserta dari 12 buah negara iaitu  Albania, Azerbaijan, Brazil, Costa Rica, Jerman, Indonesia, Itali, Latvia,Malaysia, Mesir, New Zealand dan Sepanyol. Para peserta yang terlibat mempunyai latarbelakang kepakaran dalam pelbagai bidang ICT dan sistem rangkaian, pensyarah universiti dan pengurusan tertinggi syarikat. Bagi mendapatkan sijil MikroTik-TTT mereka melalui 3 fasa iaitu fasa yang pertama uj...

Kejohanan Futsal, Bola Jaring dan e-Sport antara Jabatan Bersempena Hari MARA ke-56 Tahun 2022

Image
  1. Program: Kejohanan Futsal, Bola Jaring dan e-Sport antara Jabatan Bersempena Hari MARA ke-56 Tahun 2022 2. Tarikh/Hari :  22-24 April 2022 (e-Sport)  20-22 Mei 2022 (Futsal & Bola Jaring) 3. Masa : 5.00 ptg - 12.00 malam 4. Tempat : Kediaman pelajar, Gelanggang Futsal & Padang Bola Jaring 5. Penglibatan : Pelajar MJII 6. Sinopsis program:  Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelajar MJII untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang  dianjurkan di MJII serta membantu pelajar dalam memperoleh merit melalui cara bersukan. Kejohanan ini dianjurkan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan dibantu oleh unit sukan MJII. Program ini mendapat sambutan yang menggalakan dari kalangan pelajar kerana telah lama tidak boleh bersukan disebabkan langkah kawalan pergerakan. by Radzi Sensei

Kursus Kompetensi Fiber Optic CA1C CA2C

Image
  1. Program: Kursus Kompetensi Fiber Optic CA1C CA2C 2. Tarikh/Hari : 25-27 Mei 2022 3. Masa : 8.00 pagi – 5:00 ptg 4. Tempat : RF Lab, MJII 5. Penglibatan : 5 orang staf jabatan DKR, 4 orang staff KKTM Ledang & 1 orang staf IKM JB, Trainer dari TM learning center 6. Sinopsis program:  Kursus Kompetensi Fiber Optik yang berlangsung selama tiga hari melibatkan kumpulan pensyarah dari MJII, KKTM Ledang dan IKM JB. Kursus ini dikendalikan oleh En. Rozaini bin Ismail dari TM Learning Center.   Pengisian utama kursus ini adalah pensijilan CA2C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian luaran dan CA1C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian dalaman utk pensyarah terlibat sebagai persediaan PDP kursus Fiber Optic Communication di pusat masing-masing. Kesemua peserta kursus telah berjaya lulus dalam peperiksaan persijilan kompetensi fiber optik CA1C dan CA2C yang diiktiraf of Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). by suhana sensei

MIkroTik Train The Trainer

Image
  Untuk maklumat semua En Dzulhizzam dan En Ubaidullah sedang mengambil bahagian dalam program MIkroTik Train The Trainer (MikroTik TTT - 22 May 2022 - 31 May 2022) di Riga Latvia. Hari ini merupakan Ujian Pembentangan mereka. Mari sama-sama kita doakan semoga Allah memudahkan pembentangan mereka setererusnya berjaya dalam program TTT ini by Suhana sensei Sekalung TAHNIAH diucapkan buat En Dzulhizzam dan En Ubaidullah diatas persijilan Train the Trainer. Untuk pengetahuan semua, mereka telah menduduki dua ujian iaitu MTCNA dan MTCRE dan satu sesi pembentangan praktikal bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai MikroTik Certified Trainer.

Program: Bengkel Pembangunan Kurikulum Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian

Image
  1. Program: Bengkel Pembangunan Kurikulum Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian 2. Tarikh/Hari : 23-24 Mei 2022 3. Masa : 8.00 pagi – 5:00 ptg 4. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara 5. Penglibatan : 5 orang staf jabatan DKR, External Examiner Jabatan DKR, dan wakil TM Learning Center 6. Sinopsis program: Bengkel pembangunan kurikulum bagi kursus Fiber Optic Communication Technology berlangsung selama dua hari melibatkan wakil External Examiner Jabatan DKR, Ts. Dr. Siti Amalina dan dua orang wakil daripada TM Learning Center, Ts. Mohamed Amin Mohamed Byross dan En. Rozaini bin Ismail. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaik dan penilaian semula silibus  dan pembentukkan Modul Fiber Optic Communication Technology selaras kehendak silibus Sijil Kecekapan CA1C dan CA2C. Selain daripada itu, sesi perbincangan turut menyentuh mengenai pemetaan alatan untuk sesi Amali dengan silibus yang dibangunkan. by Niza sensei

Program: Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri MJII 2022

Image
  1. Program: Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri MJII 2022   2. Tarikh/Hari : 20 Mei 2022 (Jumaat) / 19 Syawal 1443 3. Masa : 2.45 – 5:30 ptg 4. Tempat : Dewan Hyogo 5. Penglibatan : Semua staf, pelajar & pekerja kontrak perkhidmatan MJII Beranang 6. Sinopsis program: Sambutan Majlis Hari Raya ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MJII 2022 bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MJII. Program ini bertujuan untuk memupuk silaturrahim yang lebih erat dan mewujudkan hubungan harmoni antara warga MJII. Untuk sambutan majlis Hari Raya ini juga, Pengarah MJII bersama-sama staf pentadbiran dan pelajar semester 4 telah bergotong-rotong memasak bihun sup sebagai salah menu jamuan. Selain menikmati makanan dan juadah, majlis ini juga diserikan dengan persembahan pelajar daripada wakil setiap Jabatan. Selain itu, pertandingan kiosk tercantik dan pertandingan penampilan pelajar tercantik juga telah diadakan. by fazliani sensei