1. Nama Program: Jelajah Promosi MJII Beranang Siri 1 2. Pegawai terlibat : Puan Tengku Noorhidayati bt Tg.Mohamed (Kaunselor) 3. Tarikh/Hari : 17 Disember 2021/Khamis 4. Masa : 8. 00 - 5.00 petang. 5. Penganjur : Jawatankuasa Promosi MJII Beranang dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang Siri Jelajah Promosi MJII Beranang ini dirangka khusus yang melibatkan pertemuan bersemuka bersama pihak pengurusan tertinggi sekolah-sekolah yang terlibat di sekitar daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara sekolah-sekolah yang terpilih dalam program jelajah promosi untuk siri yang pertama ini antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar, Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad. Pertemuan bersemuka diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pengetua, timbalan pengetua ...