Posts

Showing posts from December, 2022

Lawatan Audit daripada Bahagian Audit Dalam MARA

Image
  1. Nama Program:  Lawatan Audit daripada Bahagian Audit Dalam MARA  2. Tarikh:   13 hingga 16 Disember 2022 3. Sinopsis/keterangan:  Bahagian Audit Dalam MARA telah melaksanakan Pengauditan Tadbir Urus di MJII. Lawatan audit diketuai oleh Encik Jafre bin Mohd Ariffin, Encik Muhammad Syazwan bin Sulaiman (Juruaudit), Encik Rozaidy bin Abdol Rani (Pen. Juruaudit) dan Encik Aizat bin Ishak  (Pen. Juruaudit).  Semakan audit dilaksanakan keatas 8 kawalan iaitu :- i. Pengurusan Operasi ii.Terimaan iii.Bajet  iv.Perolehan v. Perbelanjaan vi.ESR vii.Pengurusan Aset & Stor viii.Galakan Hasil Pusat  Pengauditan dijalankan dengan menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan bagi memastikan MJII melaksanakan tugas mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh MARA. by CC Azlina

LAWATAN PERKONGSIAN KEPAKARAN (PEMASARAN)

Image
  1. Nama Program: LAWATAN PERKONGSIAN KEPAKARAN (PEMASARAN)  2. Tarikh :  28 DISEMBER 2022 3. Masa :  10.00 pagi – 1.00 tghari 4. Tempat:  JOBX SERVICES/ KTE SMART TECHNOLOGIES  Lawatan ini bertujuan  memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan pengurusan pemasaran yang melibatkan industri kejuruteraan elektrik dan elektronik. Banyak pendedahan berkaitan dengan pemasaran dan operasi syarikat yang dikongsikan oleh Pengarah Urusan (En. Mohd Nur Fairuz) antaranya penggunaan aplikasi JOBX sebagai “centralized vendor”, aplikasi One2biz sebagai platform blueprint dan analisis perniagaan, serta penggunaan nfc dalam e-business card. Semoga perkongsian yang diperolehi ini dapat dikongsikan dengan pelajar2 MJII untuk subjek keusahawanan. by huda sensei

LAWATAN PENANDA ARAS 5S DARIPADA UNIT 5S MCS COLLEGE

Image
  1. Nama Program: LAWATAN PENANDA ARAS 5S DARIPADA UNIT 5S MCS COLLEGE 2. Tarikh :  21 DISEMBER 2022 3. Masa :  9.00 pagi – 1.00 tghari 4. Tempat: BILIK MESYUARAT NARA 5. Sinopsis/keterangan:   Lawatan Penanda Aras 5S daripada Unit 5S MCS College adalah seramai 20 orang. Ucapan aluan dan Pengenalan MJII disampaikan oleh TPHEA MJII diikuti dengan taklimat QE/5S oleh Pengurus 5S MJII iaitu Pn Norhaida. Taklimat Kaizen dan Lean Management juga turut disampaikan oleh Pengurus Lean Management iaitu Pn Fatma. Seterusnya sesi lawatan diadakan di Pejabat Pentadbiran, Bilik UPP, Sudut 5S, Pejabat HEP,  Bilik Kuliah 8, Electronic Device Lab, Cleanroom, Library MJII dan berakhir di NARITA Galery. Semoga lawatan ini dapat membantu dalam pelaksanaan 5S di MCS College dan dapat diadaptasikan sebaiknya terutama berkaitan dengan Kaizen. by Huda sensei

TECHNICAL AND INDUSTRIAL TALK ON MICROELECTRONIC & SEMICONDUCTOR

Image
  1. Nama Program: TECHNICAL AND INDUSTRIAL TALK ON MICROELECTRONIC & SEMICONDUCTOR 2. Tarikh :  5 Dis 2022 - 6 Dis 2022 3. Masa :  9.00 pagi – 5.00 petang 4. Tempat:  Smart Classroom 5. Sinopsis/keterangan:  Industri semikonduktor adalah merupakan teras kepada teknologi utama dalam mana-mana sektor pembuatan di seluruh dunia. Peranti semikonduktor adalah komponen yang penting dalam litar elektronik, terutamanya yang dihasilkan daripada bahan silikon. Oleh itu, bagi memantapkan ilmu pengetahuan pelajar tentang mikroelektronik dan semikonduktor,  beberapa siri technical dan industrial talk telah dijalankan selama 2 hari semasa Integrated Circuit Design Bootcamp dijalankan. Antara technical talk yang diadakan adalah Introduction to Analog Design Flow – Dr Ruhaifi Abdullah Zawawi, Integrated Circuit Design: History, Present and Future - En. Zulfiqar Ali Abd Aziz, Introduction to Digital Design Flow - Dr Rafidah Ahmad dan From Fabrication to Test & Measurement - Dr Selvakumar Maria

Taklimat Program Master dan Phd Oleh UniKL

Image
  1. Nama Aktiviti:  Taklimat Program Master dan Phd Oleh UniKL 2. Tarikh: 19 Disember 2022 (Isnin) 3. Masa: 10:00 pagi - 12:30 tengahari 4. Penglibatan : Semua Pensyarah MJII 5. Synopsis/keterangan ringkas: Taklimat mengenai program Master dan PhD yang bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pensyarah MJII telah dijalankan dimana pensyarah dapat berinteraksi secara dekat dan dapat bertanya sebarang persoalan berkaitan program yang ditawarkan oleh UniKL. Dengan adanya program ini, para pensyarah mendapat maklumat yang lebih jelas dan diharapkan ramai pensyarah akan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. by fahami sensei

Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA)

Image
  1. Nama Aktiviti:  Kursus dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA) 2. Tarikh: 6 Disember 2022 (Selasa) 3. Masa: 9:00 pagi - 5:00 Petang 4. Penglibatan : Semua Pensyarah MJII 5. Anjuran : JK Akademik MJII 6. Synopsis/keterangan ringkas: Kursus  dan Bengkel Pemurnian Rubrik Penilaian Berasaskan Dublin Accord (DK,DP,NA) bertujuan untuk memantapkan kefahaman semua pensyarah akademik MJII  berkaitan Dublin Accord (DKDPNA) attribut pada setiap penilaian dan menambahbaik rubrik penilaian berasaskan Dublin Accord (DKDPNA) sedia bagi bagi kelima-lima Program Kejuruteraan Elektronik di MJII. Program ini dijalankan melalui 2 sesi iaitu sesi taklimat kursus di Tokyo Hall dan juga sesi bengkel pemurnian di Perpustakaan Shizuoka. Sesi bengkel dijalankan mengikut kumpulan -kumpulan berdasarkan penilaian PLO. Penceramah merangkap fasilitator bagi program ini adalah Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat dari Unikl kampus cawangan British Malaysian Institute. by

Basic Mentor Graphics Competency Examination Course – Jul-Dec 2022

Image
  1. Program: Basic Mentor Graphics Competency Examination Course – Jul-Dec 2022 2. Tarikh/Hari : 15 Dec 2022 - Khamis 3. Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang 4. Tempat : Makmal IC Design 5. Penglibatan : 33 orang pelajar semester 3 - Program Mikroelektronik 6. Sinopsis program:  Peperiksaan kompetensi dalam penggunaan perisian Mentor Graphics ini melibatkan semua pelajar semester 3 Jabatan Mikroelektronik (DKM). Perisian Mentor Graphics ini merupakan salah satu Electronic Design Automation (EDA) tools yang digunakan oleh industri dalam merekabentuk Integrated Circuit. Peperiksaan ini dikendalikan oleh En. Khoo Choon Hau dari Emerald System.   Seramai 19 orang pelajar telah berjaya lulus dari 33 pelajar yang menduduki peperiksaan ini.  Pelajar yang lulus telah menerima sijil kompetensi bagi Asas Mentor Graphic. by haida sensei

INTEGRATED CIRCUIT DESIGN BOOTCAMP (2ND BATCH - PHASE 1)

Image
  1. Nama Program: INTEGRATED CIRCUIT DESIGN BOOTCAMP (2ND BATCH - PHASE 1) 2. Tarikh :  5 Dis 2022 - 16 Dec 2022 3. Masa :  9.00 pagi – 5.00 petang 4. Tempat:  Makmal IC Design dan Smart Classroom 5. Sinopsis/keterangan:  Program Bootcamp bagi pembuatan IC Design merupakan satu program pembangunan pelajar, khas untuk pelajar Mikroelektronik (DKM) semester 3. Bootcamp ini dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran seterusnya mendapatkan input bagi mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti seperti projek tahun akhir dan kajian ilmiah pelajar Jabatan DKM. Integrated Circuit Design Bootcamp ini diadakan dengan kerjasama Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC), Universiti Sains Malaysia. Program ini dimulakan dengan Technical Talk dan Technical Paper dari CEDEC, Industrial Talk dari Intel Technology Sdn Bhd seterusnya beberapa sesi lecture serta pelajar diberikan tugasan untuk menyiapkan projek berkenaan IC Design. Pada akhir prog

“Outsourcing” bagi Kursus PLC System

Image
  1. Nama Aktiviti: “Outsourcing” bagi Kursus PLC System 2. Tarikh: 7 - 8 November 2022 & 22 November 2022 3. Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang 4. Penganjur: Selangor Technical Skills Development Centre 5. Tempat: Shah Alam, Selangor 6. Synopsis/keterangan: Perkhidmatan sewaan fasiliti dan peralatan amali kursus PLC System (TIA Portal BPLC) bagi Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) dan Jabatan RObotik & Automasi (DKS) MJII Beranang selama tiga hari di Selangor Technical Skills Development Centre, Shah Alam, Selangor. Kelas yang terlibat adalah kelas Shikoku daripada jabatan DKC, kelas Kanto dan kelas Chubu daripada jabatan DKS. Antara kandungan aktiviti yang dijalankan adalah pelajar menggunakan peralatan di STDC tersebut yang melibatkan topik “Interaction of TIA components, adapt, and expand given STEP 7 programs, including with step sequences and analog value processing” & “Systematically diagnose and correct hardware and software errors in the SIMATIC S7 automat