Posts

Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat MJII Tahun 2022

Image
  1. Nama aktiviti: Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat MJII Tahun 2022 2. Tarikh:  11 hingga 21 Oktober 2022 3. Tempat: Sekitar MJII  4. Sinopsis/keterangan ringkas:   Program ini diadakan bagi membawa dengan lebih dekat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga MJII serta membantu pelajar dan staf dalam mengekalkan gaya hidup yang positif melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Inspirational Tree, Motivational Poster, Terapi Seni (Mewarna dan Melukis), Sudut Biblioterapi kerjasama dengan Shizuoka Library, Indoor Games, Ceramah ‘Anxiety : Menyerang Dalam Diam’ serta cenderahati kepada staf dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti yang diadakan.  Program ini telah dilancarkan oleh Pengarah MJII pada 11 Oktober 2022 dengan simbolik melekatkan riben hijau pada poster program. by kaunselor Hani

Mesyuarat Perbincangan Kolaborasi Japan Da’wah Centre

Image
  1. Nama Program: Mesyuarat Perbincangan Kolaborasi Japan Da’wah Centre 2. Tarikh :  16 November 2022 3. Masa :  10.00 pagi – 1.00 tghari 4. Tempat: Bilik Mesyuarat Sendai 5. Sinopsis/keterangan:   MARA-Japan Industrial Institute (MJII) menerima lawatan daripada wakil daripada Japan Da’wah Centre & Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi membincangkan mengenai peluang-peluang kolaborasi di antara ketiga-tiga pihak. Antara agenda yang dibincangkan adalah laluan pelajar MJII selepas bergraduat dan aktiviti-aktiviti bersama pelajar MJII. by Najwan sensei

Promosi MJII di Hari Terbuka TVET Daerah Sepang Tahun 2022

Image
  1. Nama program:  Promosi MJII di Hari Terbuka TVET Daerah Sepang Tahun 2022 2. AJK Promosi: En. Mohd Asiq & En. Najwan 3. Tarikh/Hari : 23 November 2022 / Rabu 4  Masa : 8.30 pagi - 4.00 ptg  5. Tempat: Kolej Vokasional Sepang, Sepang, Selangor. 6. Penganjur : Kolej Vokasional Sepang 7. Sasaran : Pengunjung Hari Terbuka  8. Sipnosis/Keterangan ringkas: Program Promosi MJII dilaksanakan untuk memberi penerangan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir ke Hari Terbuka berkenaan peluang pendidikan yang ditawarkan di MJII Beranang.  Perkongsian maklumat berkaitan Program diploma Kejuruteraan Elektronik di MJII dan demostrasi Smart Home @MJII diharapkan dapat membantu pengungjung dan pelajar-pelajar dalam membuat pilihan kerjaya dan meneroka peluang pendidikan di MJII selepas SPM Kelak. by Najwan sensei PPI

MJII Career Day 2/2022

Image
  1. Nama aktiviti: MJII Career Day 2/2022 2. Tarikh:  7 Disember 2022 3. Masa : 9:00 Pagi – 1:00 Petang  4. Penganjur: MJII  5. Tempat: Tokyo Hall, MJII  6. Synopsis/keterangan ringkas:   MJII Career Day 2/2022 telah dianjur bersempena dengan Sesi Pembentangan Latihan Industri Sesi Ogos-Disember 2022. Program ini disertai oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), MTS Workskill dan PERKESO. UniKL dan UTP memberikan taklimat berkenaan peluang-peluang menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda manakala MTS Workskill telah memberikan perkongsian berkenaan program latihan dengan jaminan pekerjaan. Pihak PERKESO pula memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan laman sesawang MYFutureJob dan juga program-program bantuan kepada bakal pekerja baru. by Najwan Sensei

Lawatan Audit daripada Bahagian Audit Dalam MARA

Image
  1. Nama Program:  Lawatan Audit daripada Bahagian Audit Dalam MARA  2. Tarikh:   13 hingga 16 Disember 2022 3. Sinopsis/keterangan:  Bahagian Audit Dalam MARA telah melaksanakan Pengauditan Tadbir Urus di MJII. Lawatan audit diketuai oleh Encik Jafre bin Mohd Ariffin, Encik Muhammad Syazwan bin Sulaiman (Juruaudit), Encik Rozaidy bin Abdol Rani (Pen. Juruaudit) dan Encik Aizat bin Ishak  (Pen. Juruaudit).  Semakan audit dilaksanakan keatas 8 kawalan iaitu :- i. Pengurusan Operasi ii.Terimaan iii.Bajet  iv.Perolehan v. Perbelanjaan vi.ESR vii.Pengurusan Aset & Stor viii.Galakan Hasil Pusat  Pengauditan dijalankan dengan menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan bagi memastikan MJII melaksanakan tugas mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh MARA. by CC Azlina

LAWATAN PERKONGSIAN KEPAKARAN (PEMASARAN)

Image
  1. Nama Program: LAWATAN PERKONGSIAN KEPAKARAN (PEMASARAN)  2. Tarikh :  28 DISEMBER 2022 3. Masa :  10.00 pagi – 1.00 tghari 4. Tempat:  JOBX SERVICES/ KTE SMART TECHNOLOGIES  Lawatan ini bertujuan  memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan pengurusan pemasaran yang melibatkan industri kejuruteraan elektrik dan elektronik. Banyak pendedahan berkaitan dengan pemasaran dan operasi syarikat yang dikongsikan oleh Pengarah Urusan (En. Mohd Nur Fairuz) antaranya penggunaan aplikasi JOBX sebagai “centralized vendor”, aplikasi One2biz sebagai platform blueprint dan analisis perniagaan, serta penggunaan nfc dalam e-business card. Semoga perkongsian yang diperolehi ini dapat dikongsikan dengan pelajar2 MJII untuk subjek keusahawanan. by huda sensei

LAWATAN PENANDA ARAS 5S DARIPADA UNIT 5S MCS COLLEGE

Image
  1. Nama Program: LAWATAN PENANDA ARAS 5S DARIPADA UNIT 5S MCS COLLEGE 2. Tarikh :  21 DISEMBER 2022 3. Masa :  9.00 pagi – 1.00 tghari 4. Tempat: BILIK MESYUARAT NARA 5. Sinopsis/keterangan:   Lawatan Penanda Aras 5S daripada Unit 5S MCS College adalah seramai 20 orang. Ucapan aluan dan Pengenalan MJII disampaikan oleh TPHEA MJII diikuti dengan taklimat QE/5S oleh Pengurus 5S MJII iaitu Pn Norhaida. Taklimat Kaizen dan Lean Management juga turut disampaikan oleh Pengurus Lean Management iaitu Pn Fatma. Seterusnya sesi lawatan diadakan di Pejabat Pentadbiran, Bilik UPP, Sudut 5S, Pejabat HEP,  Bilik Kuliah 8, Electronic Device Lab, Cleanroom, Library MJII dan berakhir di NARITA Galery. Semoga lawatan ini dapat membantu dalam pelaksanaan 5S di MCS College dan dapat diadaptasikan sebaiknya terutama berkaitan dengan Kaizen. by Huda sensei