Posts

Showing posts from January, 2023

Kursus Upskilling Program MikroTik RouterOS dan Penilaian Kompetensi MikroTik Certified Network Associate MTCNA

Image
  1. Nama aktiviti: Kursus Upskilling Program MikroTik RouterOS dan Penilaian Kompetensi MikroTik Certified Network Associate MTCNA. 2. Tarikh: 25-26 Januari 2023 3. Tempat: MikroTik Academy, MJII 4. Penglibatan:  2 orang pensyarah dan 2 tenaga pengajar MikroTik Certified Trainer. 5. Sinopsis: 2 orang pensyarah MJII telah menduduki Persijilan MTCNA bersama Certified Mikrotik Trainer En Dzulhizam dan En Ubaidullah.  Tujuan persijilan semula ini adalah bagi mengekalkan Akademik Mikrotik MJII. Kedua-dua pensyarah ini berjaya mendapat sijil MTCNA yang diiktiraf oleh MikroTik Latvia dengan markah 80% ke atas. Tahniah diucapkan. by Azlin sensei

Chubu #10 ... Belajar guna Fluid Sim...

Image
  Khamis, 19 Jan 2023... alih-alih sensei Dalila kensel kelas English... jommmmm buat kelas... 4 jam.. 9 samapi 1 tghri... terbaekkkkss chubusss..

Project Proposal Nankai.... sesi mencipta tajuk / nama projek

Image
  Rabu, 18 Jan 2023.... walaupun idea projek dah ada... ingat senang nak bagi tajuk / nama projek tu..

Bengkel Penyediaan Platform eKehadiran Pelajar

Image
  1. Program: Bengkel Penyediaan Platform eKehadiran Pelajar 2. Tarikh: 17 Januari 2023 3. Tempat: Bilik Mesy. Sendai 4. Penganjur: JK ePortfolio Pensyarah MJII 5. Sinopsis/keterangan: eKehadiran Pelajar merupakan sub-modul kepada ePortfolio Pensyarah MJII yang menggunakan perisian Microsoft Office 365. Bengkel ini telah membangunkan platform versi 2 bagi menggantikan versi lama yang didapati telah bermasalah, terdedah kepada modifikasi data dan kesukaran merekod bagi kelas/pelajar mengulang. Sebahagian fungsi telah lengkap, namum sebahagian lagi masih dlm pengujian sebelum boleh digunakan oleh semua pensyarah. JK akan memaklumkan kesediaan platform ini untuk digunakan dalam masa terdekat. InsyaAllah by Alifudin sensei

Perjumpaan Pelajar Bersama Penasihat Akademik

Image
  1. Nama Program: Perjumpaan Pelajar Bersama Penasihat Akademik 2. Tarikh : 13 Januari  2023 3. Masa :  8.30 - 10:00 pagi 4. Tempat:  Mengikut PA masing-masing 5. Sinopsis/keterangan: Penasihat Akademik menerangkan berkaitan Programme Attainment Report (PAR) kepada pelajar. Perbincangan PAR bersama pelajar ini merupakan sebahagian daripada keperluan ETAC. Selain itu, perbincangan berkaitan kaedah mencari topik Final Year Project (FYP), masalah pembelajaran dan laluan kerjaya selepas bergraduasi turut dikongsikan oleh Penasihat Akademik kepada pelajar. Disamping itu, Penasihat Akademik  turut memberikan nasihat agar para pelajar lebih  bermotivasi dan  bersemangat untuk belajar. by fazliani sensei

Lawatan kerja ke Seikou Systec SB (KNX Skill Development Center)

Image
  1. Program: Lawatan kerja ke Seikou Systec SB (KNX Skill Development Center) 2. Tarikh: 11/1/2023 (rabu) 3. Tempat:  KNX Skill Development Center 4. Sinopsis: Lawatan ini adalah untuk melihat kemudahan pusat latihan ini dan berbincang mengenai Standard KNX, kursus kompetensi sistem KNX, permintaan pasaran kerja dan peluang utk bekerjasama/integrasi dgn Diploma Embedded MJII. by Alifudin sensei

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari-Jun 2023

Image
  1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari-Jun 2023 2. Tarikh:  27-30 Disember 2022 3. Tempat: Hyogo Hall, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin 4. Sinopsis/keterangan ringkas:   Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pengambilan pelajar baharu, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian di MJII. Terdapat 51 orang pelajar baharu yang terdiri daripada tiga jabatan yang mendaftar pada sesi kali ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disepanjang MSR bagi meraikan para pelajar. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang MSR ialah: Taklimat Bersama Pengarah, Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Disiplin, Felo, Unit Peperiksaan, Kaunselor, Pembudayaan Jepun, Jabatan Teknikal dan Pengajian AM, Perpustakaan, Koperasi dan Yushu Nerai. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Pertandingan persembahan berkumpulan, pemilihan peserta lelak

Majlis Apresiasi Staf 2022 MJII.

Image
  1. Nama Program: Majlis Apresiasi Staf 2022 MJII.  2. Tarikh : 6 Januari 2023 3. Masa :  8.15 pagi - 12:30 tghari 4. Tempat:  Tokyo Hall, MJII 5. Sinopsis/keterangan:  Majlis Apresiasi Staf 2022 MJII merupakan acara tahunan MJII untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam kerja yang diamanahkan sepanjang tahun 2022. Sebanyak 12 kategori anugerah telah disampaikan oleh Pengarah MARA Negeri Selangor, Dr Ahmad Sabri bin Kassim selaku perasmi Majlis Apresiasi Staf 2022.  Majlis juga telah dimulakan dengan ceramah “Pekerja Cemerlang Dunia Akhirat” dari penceramah jemputan, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus. Diharapkan program ini dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi, memberikan impak signifikan ke arah pencapaian yang lebih unggul dan menjadi suri teladan terbaik kepada semua staf, khususnya dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang sekaligus menaikkan nama organisasi. by Haida sensei