Posts

Showing posts from August, 2022

Program CSR River Care 2022 di Air Terjun Sungai Tekala

Image
  1. Nama aktiviti: Program CSR River Care 2022 di Air Terjun Sungai Tekala 2. Tarikh: 27 Ogos 2022 3. Masa: 7.00 pagi - 12.30 tengahari 4. Penganjur: Jawatankuasa 5S, Jabatan Mikroelektronik 5. Destinasi CSR: Air Terjun Sungai Tekala, Hulu Langat. 6. Sinopsis:  Program River Care 2022 ini merupakan program dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang di bawah program Local Agenda 21 Kajang. Program ini bertujuan memupuk semangat cintai alam semulajadi dan kepentingan tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar semester 1 dari Jabatan Mikroelektronik, MJII serta 5 orang staf Mikroelektronik. Program CSR ini melibatkan aktiviti pembersihan Air Terjun Sungai Tekala serta taklimat dari bahagian Bomba Semenyih tentang keselamatan air. Semoga dengan program CSR ini dapat menambahkan kesedaran dikalangan pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta cara untuk menjaga keselamatan dan survival apabila berada di kawasan air dan hutan. by hai

iCompEx 2022 - Innovation and Invention Competition Through Exhibtion

Image
  1. Nama aktiviti: iCompEx 2022 - Innovation and Invention Competition Through Exhibtion 2. Tarikh:  23 Ogos 2022 3. Masa : 10.00 pagi 4. Penganjur: iCompex , Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah 5. Tempat: Online 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Majlis Perasmian dan Penutup  iCompEx 2022.  Mara-Japan Industrial Institute telah menyertai sebanyak 8 projek inovasi bagi pertandingan Inovasi iCompEx 2022,  terdapat pelbagai penyertaan dari penyelidik seluruh Malaysia yang terdiri daripada Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Sekolah, Individu dan lain-lain. Keputusan keseluruhan, MARA-Japan Industrial Institute berjaya merangkul : 5 Gold Medals Award 1 Silver Award 1 Bronze Award Tempat pertama kategori kelas E : Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi bagi projek Smart Vertical Hydroponic System with Smartphone

Perbincangan Pemetaan Silibus Dan Penanda Aras CQI & OBE antara MJII dan Universiti Malaya

Image
  1. Nama aktiviti: Perbincangan Pemetaan Silibus Dan Penanda Aras CQI & OBE antara MJII dan Universiti Malaya 2. Tarikh: 25 Ogos 2022  3. Tempat: The Cube, Tingkat 2, Menara Kejuruteraan Universiti Malaya 4. Penglibatan: Jawatankuasa Pemetaan Silibus 5. Sinopsis: Program ini merupakan inisiatif bagi perbincangan pemetaan kredit di peringkat Diploma MARA-Japan Industrial Institute (MJII) ke program ljazah Dasar Universiti Malaya. Selain itu, perkongsian maklumat mengenai CQI dan OBE yang di laksanakan oleh Universiti Malaya turut  dibincangkan. Wakil dari pihak Universiti Malaya adalah terdiri daripada : 1.Prof. Ir. Dr. Hazlie Mokhlis – Timbalan Dekan (Ijazah Dasar), FKUM 2. Dr. Mohd Faiz Mohd Salleh – Penyelaras Program, JKE 3. Dr. Anis Salwa Mohd Khairuddin - Pensyarah Kanan, JKE (OBE) 4. Dr. Wan Amirul Wan Mohd Mahiyiddin - Pensyarah Kanan, JKE  5. Dr. Wong Wei Ru - Pensyarah Kanan, JKE  6. PN. Nur Asmawarmi Abdullah Yusoff - Penolong Pendaftar (Ijazah Dasar) 7. Pn. Aishatul Fiz

Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2022

Image
  1. Nama aktiviti: Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2022 2. Tarikh:  15 Ogos 2022 dan 16 ogos 2022 3. Masa : 9.00 Petang – 5.00 Petang  4. Penganjur: Majlis Perbandaran Kajang 5. Tempat: Dewan Komuniti Semenyih 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Penilaian awal bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2022 dibawah Majlis Perbandaran Kajang.  Mara-Japan Industrial Institute menyertai 8 projek inovasi bagi saringan pertama AINS 2022,  terdapat 23 penyertaan dari pelbagai sektor seperti Agensi awam, IPT, Swasta, Sekolah dan akar umbi. Pertandingan Ains memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

Sesi Penyerahan Bendera dan Pelepasan Atlit MJII ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022

Image
  1. Nama aktiviti: Sesi Penyerahan Bendera dan Pelepasan Atlit MJII ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022  2. Tarikh: 11 Ogos 2022 3. Masa : 8.45 pagi 4. Penganjur: JK Sukan MJII  5. Tempat: Dewan Hyogo dan Lobi MJII 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Buat pertama kalinya MJII menghantar atlit untuk SUKIPT 2022 bertujuan untuk mengilap bakat baru dalam bidang sukan di kalangan pelajar. MJII menyertai 2 acara iaitu silat dan memanah dengan kekuatan kontinjen seramai 23 orang iaitu terdiri daripada 17 orang atlit, 2 orang staf pengiring dan 4 orang jurulatih. Selamat berjaya kepada team MJII.Ganbarimashou.. by Radzi sensei

Perbincangan Mengenai Laluan Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Malaya

Image
  1. Nama Program: Perbincangan Mengenai Laluan Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Malaya 2. Tarikh         : 4 Ogos 2022 (Jumaat) 3. Masa          : 10.00-1.00pm 4. Penganjur  : JK Pemetaan Silibus, MJII Beranang 5. Tempat       : Bilik Mesyuarat Nara 6. Peserta      : 14 orang 7. Sinopsis     : Satu perbincangan mengenai laluan pengajian pelajar MJII Beranang ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Malaya Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.  Wakil dari Universiti Malaya adalah terdiri daripada : 1. Dr. Mohd Usman Mohd Junaidi - Tim. Dekan HEP FKUM 2.Dr. Anis Salwa, Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik 3. Dr. Faiz Salleh, Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik 4. Nurul Atiqah Mohd Azman - Penolong Pendaftar, Pejabat Tim. Dekan HEP FKUM Satu perbincangan susulan akan diadakan di Universiti Malaya untuk membincangkan berkenaan dengan Pemetaan Silibus antara MJII dan Universiti Malaya dan juga Pr