Posts

Showing posts from May, 2022

Kursus Kompetensi Fiber Optic CA1C CA2C

Image
  1. Program: Kursus Kompetensi Fiber Optic CA1C CA2C 2. Tarikh/Hari : 25-27 Mei 2022 3. Masa : 8.00 pagi – 5:00 ptg 4. Tempat : RF Lab, MJII 5. Penglibatan : 5 orang staf jabatan DKR, 4 orang staff KKTM Ledang & 1 orang staf IKM JB, Trainer dari TM learning center 6. Sinopsis program:  Kursus Kompetensi Fiber Optik yang berlangsung selama tiga hari melibatkan kumpulan pensyarah dari MJII, KKTM Ledang dan IKM JB. Kursus ini dikendalikan oleh En. Rozaini bin Ismail dari TM Learning Center.   Pengisian utama kursus ini adalah pensijilan CA2C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian luaran dan CA1C - pemasangan pengkabelan fiber optik bahagian dalaman utk pensyarah terlibat sebagai persediaan PDP kursus Fiber Optic Communication di pusat masing-masing. Kesemua peserta kursus telah berjaya lulus dalam peperiksaan persijilan kompetensi fiber optik CA1C dan CA2C yang diiktiraf of Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). by suhana sensei

MIkroTik Train The Trainer

Image
  Untuk maklumat semua En Dzulhizzam dan En Ubaidullah sedang mengambil bahagian dalam program MIkroTik Train The Trainer (MikroTik TTT - 22 May 2022 - 31 May 2022) di Riga Latvia. Hari ini merupakan Ujian Pembentangan mereka. Mari sama-sama kita doakan semoga Allah memudahkan pembentangan mereka setererusnya berjaya dalam program TTT ini by Suhana sensei Sekalung TAHNIAH diucapkan buat En Dzulhizzam dan En Ubaidullah diatas persijilan Train the Trainer. Untuk pengetahuan semua, mereka telah menduduki dua ujian iaitu MTCNA dan MTCRE dan satu sesi pembentangan praktikal bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai MikroTik Certified Trainer.

Program: Bengkel Pembangunan Kurikulum Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian

Image
  1. Program: Bengkel Pembangunan Kurikulum Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian 2. Tarikh/Hari : 23-24 Mei 2022 3. Masa : 8.00 pagi – 5:00 ptg 4. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara 5. Penglibatan : 5 orang staf jabatan DKR, External Examiner Jabatan DKR, dan wakil TM Learning Center 6. Sinopsis program: Bengkel pembangunan kurikulum bagi kursus Fiber Optic Communication Technology berlangsung selama dua hari melibatkan wakil External Examiner Jabatan DKR, Ts. Dr. Siti Amalina dan dua orang wakil daripada TM Learning Center, Ts. Mohamed Amin Mohamed Byross dan En. Rozaini bin Ismail. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaik dan penilaian semula silibus  dan pembentukkan Modul Fiber Optic Communication Technology selaras kehendak silibus Sijil Kecekapan CA1C dan CA2C. Selain daripada itu, sesi perbincangan turut menyentuh mengenai pemetaan alatan untuk sesi Amali dengan silibus yang dibangunkan. by Niza sensei

Program: Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri MJII 2022

Image
  1. Program: Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri MJII 2022   2. Tarikh/Hari : 20 Mei 2022 (Jumaat) / 19 Syawal 1443 3. Masa : 2.45 – 5:30 ptg 4. Tempat : Dewan Hyogo 5. Penglibatan : Semua staf, pelajar & pekerja kontrak perkhidmatan MJII Beranang 6. Sinopsis program: Sambutan Majlis Hari Raya ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MJII 2022 bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MJII. Program ini bertujuan untuk memupuk silaturrahim yang lebih erat dan mewujudkan hubungan harmoni antara warga MJII. Untuk sambutan majlis Hari Raya ini juga, Pengarah MJII bersama-sama staf pentadbiran dan pelajar semester 4 telah bergotong-rotong memasak bihun sup sebagai salah menu jamuan. Selain menikmati makanan dan juadah, majlis ini juga diserikan dengan persembahan pelajar daripada wakil setiap Jabatan. Selain itu, pertandingan kiosk tercantik dan pertandingan penampilan pelajar tercantik juga telah diadakan. by fazliani sensei

Latihan Berpusat Bagi Persediaan Peserta MARA ke Pertandingan WSMB & WSMP 2022 Peringkat Pra Kelayakan

Image
  1 . Nama Program : Latihan Berpusat Bagi Persediaan Peserta MARA ke Pertandingan WSMB & WSMP 2022 Peringkat Pra Kelayakan 2. Tarikh : 19 Mei 2022 (Ahad) - 21 Mei 2022 (Sabtu) 3. Masa : 8.00am - 11.00pm 4. Peserta :  WSMB - 6 MJII, 4 KKTM Ledang, 2 KKTM Pasir Mas WSMP - 8 KKTM Ledang, 1 KKTM Pasir Mas 5. Tempat : Electronic Workshop 2, Ecad Lab 1, Ecad Lab 2. 6. Sinopsis/Keterangan:  Sesi 1 Khamis 19.05.2022 - coding training bersama Ts Dr Ismail bin Adam (ketua hakim bidang elektronik WSMB/WSMP) Sesi 2 Jumaat 20.05.2022 & Sabtu 21.05.2022 - soldering training, tips, knowledge, skills transfer bersama Muhammad Yusri bin Baharuddin (bekas peserta negara bidang elektronik WSC2017 Abu Dhabi) by Yusof sensei

Mengiringi Pengajar Jabatan Data Transmission & Network(DKR) MJII ke Program Mikrotik Train The Trainer di Latvia

Image
  1 . Nama Program : Mengiringi Pengajar Jabatan Data Transmission & Network(DKR) MJII ke Program Mikrotik Train The Trainer di Latvia 2. Tarikh : 22 Mei 2022 (Ahad) 3. Masa : 4.00 petang   4. Peserta : Staf Jabatan DKR dan ahli keluarga 5. Tempat : KLIA, Sepang. 6. Sinopsis/Keterangan:  Dua orang pengajar dari jabatan DKR iaitu En Ubaidullah dan En Dzulhizzam serta diiringi En Khomeni selaku Liason officer berangkat ke Riga, Latvia bagi menghadiri Program Mikrotik Train The Trainer pada 22 - 31 Mei 2022. Seluruh warga MJII mendoakan kejayaan dan keselamatan semasa menjalani latihan di Latvia. by sensei Azlin

Program Oosuji MJII kali ke-2 2022

Image
  1. Nama program: Program Oosuji MJII kali ke-2 2022 2. Tarikh : 13 Mei 2022 4. Masa : 8.30 pagi - 10.15 pagi 5. Tempat : MJII 6. Penganjur : Jawatankuasa 5S MJII Keterangan Program :  Oosouji ini diadakan untuk memupuk kesedaran 5S dikalangan pelajar dan staf serta sebagai persediaan menghadapi Audit Quality Environment, QE (5S) di MJII yang akan diadakan pada 31 Mei 2022. Justeru, semua zon yang terlibat iaitu Zon Jabatan, Zon Asrama, Zon Riadah, Zon Pentadbiran dan Zon Bilik Pensyarah bersama-sama menjalankan aktiviti Oosouji ini bersama pelajar MJII sebagai salah satu aktiviti wajib dalam membudayakan amalan persekitaran berkualiti 5S. by Haida sensei

Taklimat Khas Disiplin Pelajar

Image
  1. Nama program: Taklimat Khas Disiplin Pelajar 2. Tarikh 🗓: Rabu (18/5/2022) 3. Masa ⏰: 9.30 Malam - 10.30 Malam 4. Lokasi 📍: Surau Riyadusolihin 5. Penganjur: JK Disiplin MJII 6. Sinopsis/Keterangan: Taklimat ringkas dan peringatan semula berkenaan peraturan semasa MJII telah disampaikan kepada semua pelajar. Antara perkara yang disentuh ialah keterampilan dan pemakaian pelajar, keterlibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kolej, peraturan peperiksaandan perkara berkaitan dengan disiplin & tatatertib pelajar. Pelajar diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Pelajar juga turut diperkenalkan dengan barisan AJK Disiplin MJII 2022. by Helmi sensei

Mesyuarat pra-senat jabatan (audit pemarkahan) MJII, Beranang.

Image
  1. Nama aktiviti: Mesyuarat pra-senat jabatan (audit pemarkahan) MJII, Beranang. 2. Tarikh:  SESI 1: 10/05/2022 &  Sesi 2: 11/05/2022 3. Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg 4. Tempat: Bilik okinawa 5 : Penganjur : UPP 6. Synopsis/keterangan ringkas:   Mesyuarat pra-senat jabatan (audit pemarkahan) MJII, Beranang telah berlangsung sepanjang dua hari yang melibatkan 6 jabatan. Audit pemarkahan dijalankan bagi memastikan markah penilaian berterusan telah dikemaskini oleh semua pensyarah yang terlibat. by ustazah Hidayah

Lawatan dan Mesyuarat Perbincangan Kolaborasi Seibu Shoko Co Ltd Japan & Akar Indah Engineering Group ke MJII

Image
  1. Nama program: Lawatan dan Mesyuarat Perbincangan Kolaborasi Seibu Shoko Co Ltd  Japan & Akar Indah Engineering Group ke MJII 2. Tarikh : 9 Mei 2022 (Isnin) 3. Masa : 2.30 petang - 4.30 petang 4. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara, MJII 5. Penganjur: Seibu Shoko Co Ltd / Akar Indah Engineering Group / MJII 6. Sinopsis/Keterangan:  MARA-Japan Industrial Institute (MJII) menerima lawatan daripada wakil-wakil daripada Seibu Shoko Co Ltd Japan & Akar Indah Engineering di mana lawatan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai inisiatif program pembangunan bandar pintar Nara Society 5.0 di Jepun. Perjumpaan ini menjadi garis permulaan kolaborasi MJII bersama pengantara Akar Indah Engineering dan Seibu Shoko Co. Ltd dalam menjayakan program Nara Society 5.0. MJII merupakan salah satu dari 10 IPT di Malaysia yg terpilih untuk terlibat dgn projek ini. Program akan menempatkan pelajar/graduan terpilih bagi menjalani Projek Inovasi/Latihan Industri sama ada di Malaysia atau di Jepun serta