Posts

Showing posts from February, 2022

Majlis Penghargaan dan Makan Malam Seoul International Invention Fair 2021 (2021)

Image
1. Nama Program: Majlis Penghargaan dan Makan Malam Seoul International Invention Fair 2021 (2021) 2. Tarikh : 26 Februari 2022  3. Masa :  8.15 - 10.30 malam 4. Tempat:  Hotel Everly, Putrajaya. 5. Anjuran : Malaysian Association of Research Scientists (MARS)  6. Sinopsis/keterangan: Bagi meraikan kejayaan pertandingan Seoul International Invention Fair 2021, Korea (SIIF2021), Pihak Malaysian Association of Research Scientists (MARS) telah mengundang wakil dari pihak MARA-Japan Industrial Institute (MJII) ke Majlis Penghargaan dan Makan Malam yang diadakan pada 26 February 2021. MJII telah menghantar 3 projek ke SIIF dan memenangi hadiah Grand Prize, Silver dan Bronze. Turut dihadiri Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali untuk merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Diharapkan kejayaan ini, memberi inspirasi kepada warga kerja MJII khususnya dan warga kerja TVET MARA amnya. bu Azrul Sensei 

Aktiviti Vaksin Penggalak (_booster) Pelajar MJII

Image
  1. Nama Program: Aktiviti Vaksin Penggalak (_booster) Pelajar MJII 2. Tarikh : 25 Februari 2022  3. Masa :  10.00 pagi - 12.00 tengah hari 4. Tempat:  Dewan Hyogo MJII 5. Sinopsis/keterangan: Unit Pentadbiran bersama Felo MJII telah menganjurkan Program Vaksin Penggalak kepada pelajar MJII . Program ini dianjurkan bersama Poliklinik Damai dengan kehadiran Dr. Mani bersama 4 orang pembantunya. Semoga usaha ini dapat membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid 19 dalam kalangan pelajar MJII. by Puan Haniza

Lawatan Akreditasi ETAC

Image
  1. Nama Program: Lawatan Akreditasi ETAC  2. Tarikh : 15-16 Februari 2022  3. Masa :  8.00 pagi - 5.00 petang 4. Tempat:  MJII 5. Sinopsis/keterangan: Lawatan Akreditasi ETAC  di adakan bertujuan untuk mendapat akreditasi bagi lima (5) program diploma kejuruteraan elektronik di MJII. Seramai 17 panel ETAC  yang diketuai oleh Dr. Ir liew Chia Pao telah hadir bagi melakukan penilaian akreditasi terhadap semakan dokumentasi, lawatan tapak dan temubual terhadap panel EE, IAP, alumni, staff serta pelajar. 3 orang wakil BKT turut hadir diketuai oleh Ir Ts Hj. Rahim B. Selamat bagi memantau dan membantu sepanjang audit berlangsung. Jangkaan tarikh keputusan penuh akreditasi adalah pada Julai 2022. bu nurhana sensei

Perjumpaan Bersama Pelajar MJII

Image
  1. Nama program:  Perjumpaan Bersama Pelajar MJII 2. Tarikh* : 19 Februari 2022 3. Masa* : 7.30 - 8.15 pagi 4. Tempat* : KLIA Keterangan Program :  Kali ini giliran Afiq, Alia dan Afiqah pula meneruskan perjuangan di Adelaide University Australia dalam Bachelor of Engineering (Hons). Tahniah diucapkan. Semoga usaha melahirkan pelajar-pelajar cemerlang MJII diteruskan oleh sensei-sensei yang hebat. Kita doakan semua graduan MJII berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. bu Puan Haniza

Program Oosuji Perdana MJII 2022

Image
  1. Nama program: Program Oosuji Perdana MJII 2022 2. Tarikh : 11 Februari 2022 4. Masa : 8.30 pagi - 10.00 pagi 5. Tempat : MJII 6. Penganjur : Jawatankuasa 5S MJII Keterangan Program :  Oosouji Perdana diadakan untuk memupuk kesedaran 5S dikalangan pelajar dan staf serta sebagai persediaan menghadapi Audit Engineering Technology Accrediation Council (ETAC) di MJII yang akan diadakan pada 15-16 Februari 2022. Justeru, semua zon yang terlibat iaitu Zon Jabatan, Zon Asrama, Zon Riadah, Zon Pentadbiran dan Zon Bilik Pensyarah bersama-sama menjalankan aktiviti Oosouji Perdana bersama pelajar MJII sebagai salah satu aktiviti wajib dalam membudayakan amalan persekitaran berkualiti 5S. by Huda sensei

Perjumpaan Bersama Pelajar MJII yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia

Image
  1. Nama program:  Perjumpaan Bersama Pelajar MJII 2. Tarikh* : 10 Februari 2022 3. Masa* : 9.15 - 10.30 malam 4. Tempat* : KLIA Keterangan Program :  Tahniah kepada 3 lagi pelajar MJII iaitu Nur Damia’ Khalysa, Wan Azizah Teja danAqil Raziq,  yang akan melanjutkan pengajian ke University New South Wales, Australia dalam Bachelor of Engineering. Kami di MJII sentiasa mendoakan kejayaan anda. Semoga ramai lagi pelajar MJII meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam dan luar negara. by Puan Haniza

Program Perkongsian Kepakaran Industri " PELUANG KERJAYA GRADUAN DKE DALAM ERA IR4.0

Image
  1. Nama program:  Program Perkongsian Kepakaran Industri " PELUANG KERJAYA GRADUAN DKE DALAM ERA IR4.0 2. Penceramah : En Saiful Azmi bin Hamzah 3. Tarikh : 10 Februari 2022 4. Masa : 10.00 - 11.00 pagi 5. Tempat : Microsoft Teams 6. Penganjur : Jabatan Embedded System  Keterangan Program :  Sesi perkongsian Pakar Industri (PKI) bagi Program Diploma Kejuruteraan Embedded System (DKE) telah disampaikan oleh IAP DKE yang mempunyai pengalaman yang sangat luas di industri elektronik yang kini merupakan Pengarah Syarikat Astana Digital Sdn Bhd iaitu En Saiful Azmi bin Hamzah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan peluang kerjaya di era IR4.0. Selain itu, pelajar diberi pendedehan berkenaan employbility skills yang perlu ada bagi setiap graduan DKE yang diperlukan oleh majikan. by suhadi sensei

Program Jelajah Promosi dan Taklimat Promosi MJII dan Slot Motivasi: "Menuju Puncak"

Image
  1. Nama Program: Program Jelajah Promosi  dan Taklimat Promosi MJII dan Slot Motivasi: "Menuju Puncak" 2. Penceramah : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed (Kaunselor MJII Beranang) 3. Tarikh/Hari : 3 Februari 2022/ Khamis 4. Masa : 3.00 - 5.00 petang. 5. Tempat: MRSM Jeli 6. Penganjur : MRSM Jeli dengan kerjasama Jawatankuasa Promosi dan Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang. 7. Sasaran : melibatkan 300 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 MRSM Jeli termasuk pelajar sekolah kementerian sekitar Daerah Jeli Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi suntikan motivasi sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba.Selain itu, program taklimat MJII juga diketengahkan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar program pengajian peringkat diploma yang ditawarkan di MJII Beranang dan peluang pengajian di bawah program TVET MARA dan institusi yang ada di bawah IPMA.  Program ini pada awalnya dirancang secara bersemuka tetapi kerana beberapa kekangan, diub