Posts

Showing posts from January, 2022

Majlis Apresiasi Staf 2021 MJII.

Image
  1. Nama Program: Majlis Apresiasi Staf 2021 MJII.  2. Tarikh : 14 Januari 2022 3. Masa :  8.00 pagi - 12:15 tghari 4. Tempat:  Hyogo Hall, MJII 5. Sinopsis/keterangan:  Majlis Apresiasi Staf 2021 MJII merupakan acara tahunan MJII untuk menghargai komitmen dan pengorbanan wargakerja MJII dalam usaha membentuk generasi yang berkredibiliti tinggi, berketerampilan dan berkebolehan. Sebanyak 14 kategori anugerah yang telah disampaikan. Maljlis dimulakan dengan  Pelancaran Pelan Srategik MJII 2022-2026. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Ir. Nuriman bin Yusop. by Puan Sajidah

Program Titian Kasih : Menyantuni Alumni Jabatan Robotik MJII Beranang - Misi Banjir Selangor

Image
  Program: Program Titian Kasih : Menyantuni Alumni Jabatan Robotik MJII Beranang - Misi Banjir Selangor Tarikh: Sabtu (1/1/2022) Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang Lokasi: Taman Desa Raya, Hulu Langat Selangor Aktiviti: Mencuci, Mengecat, Menghias, Memasang Tikar Getah, Membuat Perabot Keci dan Membaiki Peralatan Elektrik JabatanRobotik (DKS) telah mengadakan satu program khas menyantuni bekas pelajar DKS iaitu senpai Azimah binti Abd Aziz yang terkesan akibat banjir besar di Hulu Langat. Seramai 7 orang pelajar DKS telah terlibat bersama 3 orang Pensyarah DKS. Turut sama membantu ialah barisan felo MJII. Sumbangan tunai juga disampaikan oleh wakil pelajar DKS MJII. Semoga usaha ini dapat meringankan beban dan memberi semangat kepada mereka. Kita adalah MARAPrihatin. #MARAprihatin #TVETMARA@MJII

Nama Program: Kursus ‘Basic Idea To Design Smart Home’

Image
  1. Nama Program: Kursus ‘Basic Idea To Design Smart Home’  2. Tarikh :  4 Disember 2021 3. Masa :  10:30pg – 12.00t/hr 4. Tempat/Platform:  Microsoft teams (Online) 5. Anjuran: Jabatan DKE & PSH MJII 6. Sinopsis/keterangan: Kursus ini akan memberi pendedahan tentang idea asas smart home, bagaimana cara menyedia, memasang dan menggunakan alatan, cara-cara pendawaian, dan jangkaan kos untuk membuat asas merekabentuk sistem smart home. Membuka peluang kepada masyarakat umum dan komuniti luar secara amnya untuk mempelajari idea dalam merekabentuk sistem smart home. Perkongsian ilmu dan pengetahuan ini adalah secara langsung daripada pengajar pakar dalam sistem smart home. by Nazmi sensei

Pra-Senat Jabatan (Audit Pemarkahan) MJII Beranang Sesi Mei-Oktober 2021 (3 Tahun)

Image
  1. Nama Program: Pra-Senat Jabatan (Audit Pemarkahan) MJII Beranang Sesi Mei-Oktober 2021 (3 Tahun) 2.Tarikh :  27-28 Disember 2021 (Isnin-Selasa) 3. Masa :  9:00pg – 5.00ptg 4. Tempat/Platform:  Bilik Okinawa 5. Anjuran: Akademik MJII 6. Sinopsis/keterangan: Pembentangan pemarkahan pelajar oleh para pensyarah yang mengajar Sesi Mei-Oktober 2021(3 Tahun) kepada ahli Pra-Senat Jabatan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TPHEA) bersama Ketua Jabatan/wakil setiap program dan Setiausaha Akademik. Pembentangan berlangsung selama 2 hari dan semakan pemarkahan dibuat secara terperinci disamping semakan beberapa sampel skrip jawapan pelajar bagi setiap kelas. Ini adalah bagi mempastikan tidak ada kesilapan dalam kiraan/pengisian pemarkahan dan kualiti sentiasa dapat dikekalkan seperti yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, Sesi Pra-Senat Jabatan ini berjalan dengan lancar. by Fahami sensei