Posts

Showing posts from September, 2021

Data Covid 19 : Sabtu 25 Sept 2021

Image
 

Penghantaran Pelajar MJII Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Luar Negara (United Kingdom) - IESP

Image
  1 . Nama Program:  Penghantaran Pelajar MJII Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Luar Negara (United Kingdom) - IESP 2. Tarikh : 25 September 2021 3. Masa : 7.00 pagi.  4. Tempat : KLIA 5. Sinopsis : Seramai 8 orang pelajar MJII berjaya melanjutkan Pengajian ke peringkat MEng di beberapa Universiti di United Kingdom. Hajah Zarinah  Pengarah MJII bersama Pn. Haniza TPKPHP, En. Iswandi KJ, En Asiq dan Pn. Juliana turut serta ke KLIA bagi meraikan pelajar. Semoga mereka sentiasa menjaga keselamatan diri dan me jaga nama baik negara, MARA, MJII, keluarga serta berjaya dalam Pengajian. by.. Puan Haniza

MJII Career Day 2021

Image
  1 . Nama Program: MJII Career Day 2021 2. Tarikh : 26 Julai 2021 (Isnin) 3. Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang 4. Penganjur : MJII 5. Platform : Microsoft Teams 6. Peserta : Pelajar Semester Akhir (Latihan Industri) 7. Sinopsis/Keterangan:  MJII Career Day 2021 telah dianjur bersempena dengan Sesi Pembentangan Latihan Industri sesi Mac-Jun 2021 (Semester April – Ogos 2021). Program ini disertai oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) , Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)  bagi memberikan taklimat berkenaan peluang-peluang menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda. Telecommunication Engineering College (TEC) dan Negeri Sembilan Skills Development Center (NSSDC) turut hadir bagi memberikan penerangan berkenaan Program Industrial Bootcamp dan Program Industrial Skills Enhancement Program (INSEP). by Najwan Sensei

Program Safety Riding Training Course (SRTC) by Hong Leong Yamaha Motor

Image
  1 . Nama Program: Program Safety Riding Training Course (SRTC) by Hong Leong Yamaha Motor 2. Tarikh : 10 September 2021 (Jumaat) 3. Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi 4. Penganjur : JKKP MJII / MPP MJII/ Hong Leong Yamaha Motor Malaysia 5. Platform : Microsoft Teams 6. Peserta : Pelajar Semester 3 dan Semester 4 7. Sinopsis/Keterangan:  Program SRTC ini merupakan usaha sama yang dijalankan oleh pihak MJII dan Yamaha Motor Malaysia ini bertujuan memberi kesedaran tentang jalan raya terutamanya penunggang motorsikal secara amnya dan golongan belia khususnya. Fokus utama program pada hari ini adalah untuk memperingati pelajar mjii supaya menitik beratkan aspek keselamatan jalan raya dalam kehidupan seharian di samping memberikan tips bagaimana cara menunggang motorsikal yang betul. by Najwan Sensei

PSH : Jom Celik Elektrik

Image
  1. Nama Program: Jom Celik Elektrik 2. Penceramah  : Pn Zalina Zulkabli dan Pn Norhafizan Binti Mohd Hanib 3. Platform: Google Meet 4.Tarikh : 11 September 2021 5.Penganjur :  DKC dan DKM 6. Sinopsis :  Program CSR ini bertujuan untuk mendedahkan kanak - kanak keseronokkan belajar asas elektronik sambil beraktiviti dan bereksperimen.  Sesi aktiviti yang dijalankan berkaitan elektrik statik dan elektrik dinamik. Turut dikaitkan teori elektronik dengan kehidupan seharian sebagai pengukuhan. Selain itu, diadakan sesi soal jawab bagi menguji kefahaman peserta dan hadiah turut disumbangkan oleh kedua - dua jabatan untuk 5 pemenang bertuah yang berjaya menjawab soalan. by Hafizan sensei

Program Khidmat Masyarakat (CSR): Perkongsian llmu Berkenaan MikroTik Secara Atas Talian Bersama Kolej Vokasional Sepang

Image
  1. Nama Program: Program Khidmat Masyarakat (CSR): Perkongsian llmu Berkenaan MikroTik Secara Atas Talian Bersama Kolej Vokasional Sepang 2. Tarikh : 7 September 2021 (Selasa) 3. Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari 4. Penganjur : Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR) 5. Platform : Google Meet 6. Peserta         : 73 orang peserta(Staf akademik dan pelajar di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kolej Vokasional Sepang) 7. Sinopsis/Keterangan:  CSR ini lanjutan daripada program jalinan kerjasama antara MJII dan Kolej Vokasional Sepang yang mana Mikrotik Akademi menawarkan program perkongsian ilmu berkenaan MikroTik yang bertajuk VOIP over VPN Tunnels using MikroTik ROuterOS yang disampikan oleh En Dzulhizzam bin Dulaidi. Program ini telah menarik minat para pelajar dan staf akademi untuk memahami lebih mendalam bukan sahaja berkenaan MikroTik malah berkenaan ilmu-ilmu ‘networking’ dan juga memberi idea kepada para pelajar dalam menyiapkan projek semester ak

APACC ... Odit Online KKTM Sri Gading Isnin 6 Sept 2021

Image
  cayok2 abam kherul anuar jaisssss

Program Bacaan Yasin & Ceramah Perdana Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021

Image
  1. Nama Program: Program Bacaan Yasin & Ceramah Perdana Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021 2. Penceramah  : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi 3. Platform: MS Teams 4.Tarikh : 3 September 2021 5. Masa :  8.00 – 10 pagi 6. Tentatif : - Bacaan Yassin - Aluan Moderator - Ceramah 7.Penganjur :  JK Media dengan kerjasama MPP dan Surau Riyadussolihin MJII 8. Sinopsis : Program ini dilaksanakan sebagai salah satu pengisian sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 peringkat MJII. Alhamdulillah ceramah dengan tajuk ‘Kemerdekaan Hati’ telah mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pelajar dan staf MJII. Program ini juga disiarkan secara langsung di facebook mjii, kktm dan ikm. Semoga ceramah berkaitan hati ini dapat memberi manfaat kepada semua. by Hamimi Sensei

Kutipan Sumbangan Mangsa Ribut dan Penyerahan Wang sumbangan secara dalam talian kepada Pelajar MJII Beranang

Image
  1. Nama Program: Kutipan Sumbangan Mangsa Ribut dan Penyerahan Wang sumbangan secara dalam talian kepada Pelajar MJII Beranang 2. Tarikh : 2 September 2021 3. Masa : 2. 30 - 3.30 petang. 4. Platforms: Teams (online) 5. Penganjur :  Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang dengan kerjasama Surau Riyadus Solihin (SRS) MJII Beranang. 6. Sasaran : melibatkan semua warga MJII Beranang. Program kutipan ini dilaksanakan bertujuan mengumpul sejumlah wang untuk membantu mangsa ribut pelajar MJII Beranang, Muhammad Hakim bin Abdul Hadi yang menetap di Ketereh, Kelantan. Kejadian ribut di Kelantan baru-baru ini menyebabkan rumah beliau di tingkat bawah telah ditenggelami air dan kerosakan yang teruk pada atap rumah. Hasil kerjasama bersama  Surau Riyadus Solihin (SRS) MJII Beranang telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk disalurkan kepada pelajar berkenaan. Pihak Persatuan Kaunselor MARA (PEKAMARA) juga berbesar hati menyumbang sejumlah wang bagi membantu meringankan beban keluarga pelaj

Kursus Penulisan Ilmiah Berdasarkan Format Kertas Pembentangan Kajian

Image
  1. Nama Program: Kursus Penulisan Ilmiah Berdasarkan Format Kertas Pembentangan Kajian 2. Penceramah  : Prof. Ir Dr. Norhayati Binti Soin 3. Tempat: MS Teams 4.Tarikh :  Fasa 1: 5 Julai 2021 Fasa 1: 13 Julai 2021 Fasa 1: 26 Julai 2021 Fasa 1: 24 Ogos 2021 5.Penganjur :  JK Kajian 6. Sinopsis : Kursus ini diadakan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran staf MJII dalam aspek penulisan berkualiti serta kaedah menerbitkan kertas kajian ilmiah berdasarkan projek-projek tahun akhir pelajar yang mempunyai nilai dan memberi impak yang tinggi. By Hafizan Sensei