Posts

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MJII 2023

Image
  1. Nama Program: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MJII 2023  2.Tarikh : 18 Oktober 2021 (Rabu) 3. Masa :  8:30pagi - 9:00 pagi 4. Lokasi : Dewan Hyogo MJII 5. Anjuran: JK Sukan & MPP MJII Beranang 6. Sinopsis/keterangan: .Hari Sukan Negara telah diperkenalkan pada tahun 2015 dan disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dalam usaha merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan atau sporting nation. Pada tahun ini,  sambutan Hari Sukan Negara (HSN2023) peringkat MJII telah dilancarkan oleh Pengarah MJII Ts Dr Mahazani bin Ali dan seterusnya diisi dengan pengisian senaman taiso dan senamrobik. Acara ini telah disertai oleh staf dan pelajar MJII. #FitMalaysia  #HSN2023 by radzi sensei

Sesi Libat Urus 1/2023 bersama Pengarah MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang.

Image
  1. Program: Sesi Libat Urus 1/2023 bersama Pengarah MARA-Japan Industrial Institute  (MJII) Beranang. 2. Tarikh: 03 Februari 2023 (Jumaat) 3. Masa: 08:15am  - 10:00am 4. Tempat: Tokyo Hall, MJII Beranang 5. Penganjur Program: Jabatan Mikroelektronik (DKM), MJII Beranang 6. Sinopsis/keterangan: Sesi Libat Urus 1/2023 bersama Pengarah MJII Beranang Pn. Hjh Zarinah binti Idrus telah dilaksanakan dengan jayanya seperti ketentuan diatas. Sesi pada kali ini Pn. Pengarah telah membentangkan kedudukan kewangan MJII, perkongsian maklumat berkenaan KPI bagi Tahun 2023. Pn. Pengarah juga memberikan pesanan kepada semua warga kerja MJII agar sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam bekerja seterusnya dapat menaikkan nama MJII Beranang. Pada sesi ini juga, pemberian penghargaan kepada warga kerja MJII Beranang seperti Staf Akademik dan Pentadbiran Terbaik bagi Bulan Januari 2023 dan Penyampaian Insentif dan Royalty kepada para Penulis dari kalangan warga kerja MJII Beranang. Di akhir sesi,

Kursus Upskilling Program MikroTik RouterOS dan Penilaian Kompetensi MikroTik Certified Network Associate MTCNA

Image
  1. Nama aktiviti: Kursus Upskilling Program MikroTik RouterOS dan Penilaian Kompetensi MikroTik Certified Network Associate MTCNA. 2. Tarikh: 25-26 Januari 2023 3. Tempat: MikroTik Academy, MJII 4. Penglibatan:  2 orang pensyarah dan 2 tenaga pengajar MikroTik Certified Trainer. 5. Sinopsis: 2 orang pensyarah MJII telah menduduki Persijilan MTCNA bersama Certified Mikrotik Trainer En Dzulhizam dan En Ubaidullah.  Tujuan persijilan semula ini adalah bagi mengekalkan Akademik Mikrotik MJII. Kedua-dua pensyarah ini berjaya mendapat sijil MTCNA yang diiktiraf oleh MikroTik Latvia dengan markah 80% ke atas. Tahniah diucapkan. by Azlin sensei

Chubu #10 ... Belajar guna Fluid Sim...

Image
  Khamis, 19 Jan 2023... alih-alih sensei Dalila kensel kelas English... jommmmm buat kelas... 4 jam.. 9 samapi 1 tghri... terbaekkkkss chubusss..

Project Proposal Nankai.... sesi mencipta tajuk / nama projek

Image
  Rabu, 18 Jan 2023.... walaupun idea projek dah ada... ingat senang nak bagi tajuk / nama projek tu..

Bengkel Penyediaan Platform eKehadiran Pelajar

Image
  1. Program: Bengkel Penyediaan Platform eKehadiran Pelajar 2. Tarikh: 17 Januari 2023 3. Tempat: Bilik Mesy. Sendai 4. Penganjur: JK ePortfolio Pensyarah MJII 5. Sinopsis/keterangan: eKehadiran Pelajar merupakan sub-modul kepada ePortfolio Pensyarah MJII yang menggunakan perisian Microsoft Office 365. Bengkel ini telah membangunkan platform versi 2 bagi menggantikan versi lama yang didapati telah bermasalah, terdedah kepada modifikasi data dan kesukaran merekod bagi kelas/pelajar mengulang. Sebahagian fungsi telah lengkap, namum sebahagian lagi masih dlm pengujian sebelum boleh digunakan oleh semua pensyarah. JK akan memaklumkan kesediaan platform ini untuk digunakan dalam masa terdekat. InsyaAllah by Alifudin sensei

Perjumpaan Pelajar Bersama Penasihat Akademik

Image
  1. Nama Program: Perjumpaan Pelajar Bersama Penasihat Akademik 2. Tarikh : 13 Januari  2023 3. Masa :  8.30 - 10:00 pagi 4. Tempat:  Mengikut PA masing-masing 5. Sinopsis/keterangan: Penasihat Akademik menerangkan berkaitan Programme Attainment Report (PAR) kepada pelajar. Perbincangan PAR bersama pelajar ini merupakan sebahagian daripada keperluan ETAC. Selain itu, perbincangan berkaitan kaedah mencari topik Final Year Project (FYP), masalah pembelajaran dan laluan kerjaya selepas bergraduasi turut dikongsikan oleh Penasihat Akademik kepada pelajar. Disamping itu, Penasihat Akademik  turut memberikan nasihat agar para pelajar lebih  bermotivasi dan  bersemangat untuk belajar. by fazliani sensei